Assalamualaikum WBT
HARI Ahad tuari, Pak Inche kata, nak makan Mee Goreng lagi di Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim. Haaa.. betul punya mandrem ni tapi syok jugak sebab Sk dah fikir, kalau ke sana lagi, nak cuba Mee Hailam dia. Nak tengok perbezaan antara Mee Hailam dengan Mee Goreng di restoran ni. Tengahari tu, SK mesej Iman, tanya, kotlah dia nak join makan malam dengan kami sekali. Iman setuju nak ikut, balik kerja terus ambil dia di kolej. Sampai-sampai dekat dengan restoran, tengok mentol-mentol depan restoran tak menyala, hurmmm... tutup rupanya, padahal sebelum ni kata buka setiap hari. Iman perasan, dah dua kali lalu hari ahad tutup, jadi mungkin sekarang dia tutup hari ahad la kot.
Iman mencadangkan agar ke
Restoran Budak Siew Mai yang berhampiran. Tiada bantahan dari Pak Inche. Sk macam selalulah, tak cerewet, janji makan. Iman kata, dia nak makan banyak-banyak. Pesan Salted Egg Custard Bun (RM8) kegemaran dia ni, Pak Inche tak nak, dapatlah Iman dua biji pau.
Staf yang ambil pesanan tu beritahu, ambil masa dalam 15 hingga 20 minit menunggu makanan siap. Sk jawab, boleh jer, dah biasa, hahaha. Macam tak pernah lagi jumpa staf yang ni. Sentiasa senyum walaupun sibuk mengambil pesanan ke sana-sini. Sabar juga melayan kerenah pelanggan baharu yang bertanya itu-ini.
Disebabkan Pak Inche nak makan Mee Goreng macam Al-Anisah tu, Sk cadangkan Seafood Hokkien Noodle (RM8). Mi tu macam homemade, gemuk-gemuk. Ingatkan dia guna mi kuning biasa tu jer. Masakannya sedap tapi Pak Inche kata, Anisah sedap lagi, hahaha. Mi tu kurang kenyal, kalau kenyal sikit mungkin lebih sedap.
Mula Sk nak makan
Wok Fried Carrot Cake, tapi teringat, pernah makan dulu, tak berapa umph! Kalau ikutkan hati, nak aje pesan
BRAISED SMOKED DUCK tapi macam tak best pulak kalau Sk makan seorang, Pak Inche dan Iman tak makan, kan. Setelah dikelirukan dengan pelbagai masakan mi kantonis, Sk memilih Cantonese Seafood Yee Mee (RM8). Sedap... makan pulak dengan cili padi merah tu, berdesing laaaa!
Ini pulak, Durian Roll (RM7.50). Tak dapat makan durian seulas-ulas, kita makan isi durian sajo dah bersyukur sangat. Setiap kali makan Durian Roll ni, mesti kagum tengok kejadian dia. Macam mana eh cara nak buat dia jadi macam ni?
Tak pasti siang tu Iman dah makan nasi belum, tapi Iman bukan penggemar mee. Yang ni Nasi Putih dengan Wok Fried Chicken Sweet & Sour (RM13).
Seafood Crabmeat Soup (RM16) pun dipesan jugak. Ni kegemaran Pak Inche la, datangnya semangkuk beso. Memang tak ada jual saiz keck-kecik eh sup-sup macam ni. Jadinya tak habis, mintak bungkus bawa balik, ada tu haaaa lagi dalam peti sejuk. Entah bila la tu nak panaskan, haha.
Ammi suka sangat makan hokkien mee ni masa kecik... bila diingat balik rajin juga arwah mama melayan kesukaan anak yang berbeza2
ReplyDeleteKan...menarik la durian roll tu...Skodeng la SK...kalau tau cara buat...share tauðŸ¤
ReplyDeleteseafood crabmeat sedap tu
ReplyDelete