MAKAN MEE GORENG AL-ANISAH & ROTI CANAI THOUFEEQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

DAH berapa hari ni, Sk tak memasak. Rasanya yang akhir masak American Breakfast dan Nasi Ayam tu la. Kemudian, tak ada makanan baru di rumah. Tapi, Sk ada masak nasi sikit dan panaskan lauk-lauk yang tak habis buat bekal. Itu ajelah caranya bagi mengelakkan pembaziran. Isnin lepas, Iman dah balik ke kolej. Sebelum balik tu, dinner dulu di Restoran Universal Sambal, makan Nasi Ayam Geprek dan Bakso. Eh, tajuk lain, cerita lain pulak, hahaha. Esoknya tu, Pak Inche tapau Capati dan Sup Kambing. Malam tadi pun dia kata tak yah masak, yabedabedooooooo!


Rindu sangat dengan Mee Goreng Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim yang terletak di Taman Nusa Sentral. Semalam petang, hujan lebat melanda di kawasan Nusajaya, jadi, tak ada meja diletakkan di luar. Boleh tahan ramai jugak pelanggan Al-Anisah semalam.


Pinggan Mee Goreng sampai, bagi Pak Inche dulu.
Kami pesan dua pinggan Mee Goreng dan dua cawan Teh O Panas. Tehnya pekat sungguh, nasiblah tak pahit. Pak Inche kata, mahu sembelit ni esok, hahaha. Oh, masa buat pesanan tu, Pak Inche banyak cekadak.. dia tanya, mee goreng tu basah-basah, kan.. jadi, staf tu macam dah terpinga-pinga. Sk rasa, mungkin staf baru sebab staf yang selalu ambil pesanan sebelum-sebelum ni, tak ada pulak. Lepas tu, Pak Inche cakap, buat basah-basah. Hurmmm.. Mee Goreng kat sini, memang basah-basah, pun, tak yah cakap pun tak apa, Sk pulak bebel, hahaha. 


Haaa.. kan... sudahnya, staf tu dah tak fokus. Dia tak perasan Sk minta Mee Goreng jugak. Ingatkan dia memang hantar mee sepinggan-sepinggan, rupanya dia buat sepinggan aje. Tak pasal-pasal Pak Inche dah habis makan, mee goreng Sk baru sampai. Jadi, kita tengok dia makan, lepas tu, dia pulak tengok kita makan, hihihi.


Mee goreng ni memang sangat menepati selera kami. Rasa dia ala Mee Goreng Hokkien yang selalu Sk makan di Medan Selera Landmark Mall masa bekerja zaman muda-mudi dulu, hahaha. Adui, menaip ni pun sambil telan air liur, kahhhhh.


Selambak ya, mee tu tapi mampu dihabiskan. Tengok jer la pinggan Pak Inche, licin terus dengan kuahnya sekali. Sk ni kadang trauma la makan mee goreng rasa kicap (masin) tapi yang ni, tak masin. Dari mula sampai habis makan, masih panas lagi. Sk terpandang meja sebelah, tengah makan nasi  goreng, asal nak suap, dia tiup dulu. Nampak tak betapa sungguh-sungguh tukang masak tu memasak sampai betul-betul mendidih, hahaha.


Dua pinggan mee, dua cawan teh o, kena RM18, maknanya seorang RM9. Tak pasti berapa harga mee, mungkin RM7.50, air RM1.50 gitu. Selain Mee Goreng, restoran ni menghidangkan pelbagai makanan panas juga masakan berlauk yang akan dimasak apabila ada pesanan. Kedainya biasa-biasa aje, tak ada deko-deko, tapi bersih, terang dan lapang. Makan pun rasa aman jer.

Al-Anisah Makanan Panas Chinese Muslim

122, Jln Sentral 1, 79100 Gelang Patah, Johor

Buka setiap hari :

10 pagi hingga 2 petang

4 petang hingga 12 malam


Balik dari Al-Anisah, singgah Restoran Thofeeq pulak, Pak Inche ajak ngeteh. Dia kan memang selalu ajak ngeteh malam-malam tapi Sk jer malas nak layan. Ni dah terlanjur keluar, kita tunaikan permintaan dia.


Masing-masing makan Roti Canai seorang sekeping dan Teh Tarik sorang secawan. Eh, fikir balik, betullah.. macam sembelit sikit hari ni, kahhhhhh. Roti Canai tu memang pesan buat garing tapi tak gebu, tak tepuk pun iya jugak. Masa makan, ada anjing datang.. padahal selalu tak ada pun. Anjing tu buat muka kesian, meja sebelah tu, India, bagi roti bakar, sampai habis roti bakar orang tu, lepas tu, dia pesan lagi roti bakar. Jadinya, anjing tu buat muka kesian dekat kami pulak, Sk bagi separuh roti canai tu kat dia, hahaha.. selamat. Pandai pulak makan tu.. kesian, mesti lapar sangat. Tak macam kucing, lapar macam mana pun sombong, nak jugak makanan sedap, huhuhu.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Gerai Mee goreng tu dekat tak dengan Permas Jaya SK?Ke jauh...hehehe..nampak sedap dan nampak macam mee hailam gak..kalau ada cili jeruk pun sodap tu kan...roti canai tu pun nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. nampak cam Mee Hailam tapi bukan. Semalam terfikir, lain kali nak try Mee Hailam nak tengok rasa dia macam mana. Ni makan ngan cili padi potong jer.

      Kedai ni dengan Permas Jaya, jauh woooooo. Sejam lebih kot.

      Delete
  2. Saya kurang gemor mi goreng basah.. klu bole mmg nak ygvkering2 je.. klu mamak style lagi mengancam hehehe

    ReplyDelete
  3. Ingatkan mi hailam sebab berkuah, rupanya mi goreng.

    ReplyDelete
  4. Saya rinduuu sangat dengan kuliner noodle Malaysia. Mie goreng basah macam nih, kwe tiaw nya pun sedap. Tiap kali liburan ke KL, Penang, pasti tujuan utama kuliner😄. Johor saya belum datang lagi. Kalo ada waktu kesana, saya nak coba tempat makan ini 👍

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap mi goreng basah..mmg basah betul..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!