BELI KEREPEK DI AZHAR FOOD RENGIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

SELEPAS mengopi di Rumacabuk Muar, kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Dah sampai ke Batu Pahat, wajiblah singgah ke Gerai Sate Rosle, cuma kali ni, kami tapau. Itupun cuma pesan Sate Usus. Itupun tak dapat tapau banyak, pembelian terhad gitu, hahahaha.

Sk ajak Pak Inche singgah Azhar Food. Pak Inche pantang dipelawa, terus setuju. Sk mengingat-ngingat, lokasi Azhar Food, adakah selepas Pekan Rengit atau sebelum Pekan Rengit. Tengok, kampung sendiri pun lupa, hahaha.  Setelah puas mengingat, selepas Pekan Rengitlah agaknya, tetiba.. ternampak bumbung Azhar Food dan kereta menjalar-jalar di pinggir jalan. Sebelum Pekan Rengit laaaa.. rupanya.

Belum sempat turun kereta, hujan mula bertitisan. Sk keluarkan payung dari bonet memandangkan kami letak kereta agak jauh juga. Di Azhar Food ni, raya sepanjang zaman ya.

Syurga kerepek.. pelbagai jenis kerepek dijual dalam bentuk pukal yang lebih murah atau pun dalam pek besar, sederhana dan kecil. Pilih.. pilih pilih! Pak Inche, suka makan kerepek sambil tengok filem tamil. Desyum! Desyum! Desyum! Hahahaha.


Kuih raya pun ada.. tengok, macam-macam jenis dan bentuk tart nenas. Tangan nak capai jer tapi hati kata, sabarrrrrr.


Ramai sedang membeli-belah siap bertroli. Mungkin nak buat majlis kahwin.


Biskut Cincin yang terkenal di sanun pun ada. Sk tak pasti, memang dibawa dari Negeri Bawah Bayu atau dihasilkan di Tanah Jauhar. Capai sebungkus saiz kecil, nak ambil saiz besar, Sk sorang jer yang suka.


Amplang pun ada. Boleh tipu-tipu bagi cenderahati kat sedara, kononnya baru balik dari Sabah, padahal beli amplang kat Rengit, hahaha. Teringat kisah mak seorang kawan Sk, masa pergi umrah, dia tak larat nak beli kurma dan kacang dari sana nak bagi-bagi kat kawan dan sedara, dibelinya kacang dan kurma dari Plaza Angsana, hahaha.



Masa pergi Kota Bharu dan jalan-jalan di Pengkalan Kubor, Sk pelik jumpa Kerepek Buah-Buahan, rupa-rupanya, kat Azhar Food pun ada. Lupa nak belek label, adakah ia dibawa dari Kelantan atau Thai. Tapi harga di AF ni mahal sikit la, kat sana tak silap RM10 hingga RM15 sebungkus.


Kemudahan tandas dan surau juga disediakan untuk pelanggan. Sk ni selalu gunakan jalan kampung, dan Sk lihat sekarang ni, banyak stesen-stesen minyak baru atau lama telah dinaik taraf dengan kemudahan tandas dan surau yang luas dan selesa macam di R&R juga.


Balik tu, singgah Pontian pulak, kononnya nak makan Mee Hailam D'Perak di Jalan Parit Mesjid, tapi dah tutuplah pulak. Malah, kakak yang meniaga roti canai ni pun tak kenal dan tak tahu ke mana perginya. Jadinya, makanlah roti canai seorang sekeping dengan teh o panas. Yang bestnya, dia bagi kuah kari kaki ayam, terus teringat Capati Brotherhood di Slim River, hahaha. Lepas makan, terus balik.. syukur, selamat sampai rumah sebelum maghrib. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Best plak tengok banyak2 kerepek tu ha..kalau SA sure terjebak tu...roti canai kuah kari kaki ayam...ok ini rare...

    ReplyDelete
  2. Kalau pergi sini selalu, nampaknya selalulah rasa suasana nak raya!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!