Assalamualaikum WBT
HARI Cuti Thaipusam yang baru berlalu tu, malas nak keluar. Sk dah berangan-angan nak masak American Breakfast untuk sarapan. Pak Inche pulak ajak ke Pasar Tani. Hurmm.. hari ni kita nak rehat la, tak mahu ke Pasar Tani, jawab Sk. Penat tau kalau layankan dia ke Pasar Tani tu. Dahlah nak jalan dari hujung sampai hujung, tak padan dengan sakit lutut, huhuhu. Dah remaja purbalah katakan.
Guna sosej jenama Ayamas perisa lada hitam sebab cari sosej lembu jenama Ramli tak ada. Ni pun ada yang pek 5 ketul aje, jadinya, kita kerat tiga, dapat 15 ketul, makan seorang lima ketul, hehehe. Cendawan tu, hiris-hiris, tumis dengan bawang putih kemudian percikkan serbuk lada hitam.
Set terus tiga pinggan. Senang tak payah ceduk-ceduk. Kemudian, Sk cadangkan masak Nasi Ayam untuk makan tengahari, laju-laju Pak Inche angguk. Dia kan kipas susah mati nasi ayam SK.
Nasi Ayam tiga pinggan. Pak Inche suka Nasi Ayam Hainan. Senang, rebus aje ayamnya kemudian rendamkan dalam ais. Untuk Iman, ayamnya kita buat macam
Nasi Ayam Kee Chup.
Pak Inche nak ayam banyak. Tak beli ayam lain, ambil stok ayam yang dah siap potong aje sebab malas nak ke kedai.
Untuk ayam stail Nasi Ayam Kee Chup, goreng ayam yang dah rebus tu dengan sedikit saja minyak, kemudian tuang kicap pekat. Goreng jangan lama, nanti rentung dan keras, hehehe.
Siap bertambah eh masing-masing.
Ayam dua dunia berbeza, hehehe.
Sos cili dan sos kicap.
Ingat tak nak keluar tapi masa nak masak nasi tengok berasnya dah tak banyak. Malam tu shopping kat Lotus Mutiara Rini. Kemudian, ternampak pulak Serbuk Santan jenama Kara ni. Mak Ngah kata, sedap masak nasi lemak, rasa macam santan asli.
Balik shopping, nak pergi makan Mee Rebus Sunway, tapi dah tutup atau memang tutup Sabtu ke, tak pasti. Jadi, ke sinilah kami.
Hari tu dah pernah sarapan kat sini, sebelum
Jalan-Jalan Cari Ikan kat Pendas tu, ni makan malam pulak. Tosei dah habis, tinggal roti canai.. layannnnn Teh Tarik sekali, nyamannnn.
Syukur Alhamdulillah...
Ingatkan makan atas daun... rupanya pinggan corak daun!
ReplyDeleteSedap eh santan serbuk tu...dah masak lom SK...nanti bagi feedback...ada nampak kat supermarket are rumah...x cuba lagi...
ReplyDeleteammi pun teringat MakNgah ada cakap pasal santan serbuk kara ni...
ReplyDeletemmg sosej lembu ramly susah dapat agaknya skrg ni...jumpa yg ayam je
Kara nih memang praktis. Kalau di Jakarta lebih banyak dijual dalam bentuk santan cair asli, belum pernah kliatan dalam bentuk powder. Mungkin untuk dijual ekspor Yaa. Nampak sedap semua makanannya 😍
ReplyDelete