MASAK NASI LEMAK GUNA SERBUK SANTAN KARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

HARI Jumaat lepas, dah cakap awal-awal dengan Pak Inche, malam tu, Sk nak masak nasi lemak. Sebenarnya teruja nak masak sikmak guna Serbuk Krim Kelapa Kara yang Sk baru beli HARI TU, hehehe.


Mak Ngah kata, Serbuk Krim Kelapa jenama Kara ni rasanya ringan tapi lemak dan sangat bersesuaian nak masak nasi lemak. Waima guna santan kotak brand Kara jugak pun tak sama rasa. Pernah cuba brand lain tapi rasa tak sesedap brand Kara. Sk pulak, biasanya gunakan santan kotak jenis cecair. Jenama tu ikut jugaklah, kadang guna jenama kara, m&s, rasaku, saji dan ayam brand. Bila dah berapa kali Mak Ngah tayang nasi lemak guna serbuk kelapa jenama Kara ni, Sk mencari jugak, dah jumpa terus sambar dua bungkus, hehe. Senang juga guna santan serbuk ni, tak perlu bancuh asing, masukkan aje air mengikut sukatan biasa masak nasi, kemudian tuang aje sebungkus serbuk santan ni dan kacau hingga larut. Ini untuk sukatan tiga pot beras. 


Sebungkus, RM2.39.. ah.. 2.40 la tu kan. Lepas ni, nak beli santan serbuk ni aje la, jika tak habis, bakinya tentu lebih tahan lama berbanding jenis cecair. Seingat Sk, sebelum ada produk santan cecair dulu, produk santan serbuk terlebih dahulu dihasilkan tapi Sk tak ingat jenama apa. Rasa dia pun tak begitu asli, macam tengik sikit dan sukar larut.


Timun jer tak ada. Macam selalulah, Sambal Tumis kosong aje, ikan bilis goreng, telur lenggang dan telur rebus.


Memang sedaplah rasa sikmak guna santan serbuk ni. Yang selalu pun sedap jugak. Ialah, orang dah biasa masak sedap, kan.. ahaks!


Esoknya, panaskan sikmak untuk sarapan. Tu yang masak sampai tiga pot sebab dah plan nak makan sikmak lagi untuk sarapan keesokannya. Panaskan sambal daging entah zaman bila. Kali ni tak ada telur rebus, cuma telur mata untuk Sk dan telur lenggang is wajib laaa.

Okey, lepas ni boleh simpan stok Serbuk Krim Kelapa Kara banyak-banyak. Terima kasih, Mak Ngah kongsi info.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nanti bolehlah cuba untuk nasi lemak dan nasi kuning.

    ReplyDelete
  2. SA pun nak cuba la guna santan serbuk ni...

    ReplyDelete
  3. Laaah, kenapa malah di Indonesia nya jarang ada yg versi serbuk nih 😄😄. Produk kara ini juga favorit di sini kak. Tapi rara2 dijual dalam bentuk cair. Sampai saat ini saya tak pernah liat yg serbuk. Memang sedap. Asisten saya kalo masak, lebih suka pakai kara drpd beli kelapa asli yg masih harus diperas 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!