Assalamualaikum WBT
SARAPAN di Dapur Tokma lagi. Hari tu nampak lalu di wall fb, tiga hari ini iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, Tokma ada menu hari raya. Terus ajak Iman sarapan kat sini pagi tadi. Kali ini datang dengan Cik Ani, Jeika dan my ratu hati, ibuku sayang.
Sk pesankan untuk ibu, Nasi Lemak Kambing Bakar RM15. Burasak beli lima ketul. Iman penggemar burasak, dia awal-awal dah cakap nak makan burasak aje dengan asam pedas.
Kali ni, Sk makan Nasi Ambeng Kambing Bakar (RM15).
Masa buat pesanan di kaunter, staf beritahu burasak ada tapi asam pedas habis. Mujur semalam, Sk teringat untuk mesej Dapur Tokma, tanya, boleh tak simpankan lauk Asam Pedas Ikan Parang. Ingatkan Dapur Tokma tak baca mesej Sk sebab dia tanya nak lauk apa, tapi Sk jawab tu dah lambat. Rezeki, kan.. dia simpankan asam pedas tu.
Burasak 5 ketul RM12.50
Asam Pedas Ikan Parang seketul RM9
Cik Ani beli Sate Daging, Ayam dan Babat. Sate secucuk RM1.20, besar-besar, puas makan. Kuah sate pun sedap. Siapa datang sini, Sk rekomen la untuk beli sate ni. Gerainya berasingan dengan kaunter Tokma ya.
Zulaikha suka makan sate. Zulaikha suka sate ayam jer. Dah kenyang makan sate, tak mahu pulak dia makan Nasi Lemak Ayam Goreng (RM8). Semua set nasi lemak, disertakan dengan sebiji telur mata.
Jom sarapan di Dapur Tokma!
#kenyangperutsukahati
seawal dari jam
7.30pagi - 12.00 tengahari
📍65, JALAN ORKID UTAMA,
TAMAN ORKID,
81200 JOHOR BAHRU.
📞0196610716
Burppp.. Alhamdulillah.
SK!
ReplyDeleteKenapa Kak Amie terliur-liur ni? Huhuhuuuuu....
Sama la ngan Kak Amie...SA pun dha terliur tengok sate tu ha.....okey masuk wishlist
ReplyDelete