MAKAN-MAKAN DI DAPUR NYONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DAH Jumaat.. hampir tercicir satu entry hari ni.


Burppp.. ni gambar semasa baru habis makan di Dapur Nyonya, vendor di Amysha Village Ikan Bakar yang terletak di Kempas. Macam selalu, penaja dan pencadangnya Pak Inche. Sepatutnya dia ajak kelmarin, tapi pasal dah plan nak makan Mee Goreng Al-Anisah, kan. Mujur jugak tak pergi sebab kisahnya Dapur Nyonya ditutup setiap hari rabu. Meh tengok menu.


Dah namanya Dapur Nyonya, ia menawarkan pelbagai jenis masakan cina dari menu mee seperti wantan, yee mee dan juga bee hoon. Anda boleh memilih wantan mee kering atau basah atau masakan mee dalam periuk tanah liat.


Juga Yong Taufu dan Chee Cheong Fun. Sk suka konsep Yong Taufu Ala Carte macam ni yang mana dah ditetapkan harganya. Taklah terkejut bila tengok kena sampai doploh sembilan hengget. Padahal sendiri masa memilih tu yang tak ingat donia, hahaha.


Pak Inche eksyen ada Ais Kacang. Dia jeles sebab petang tu, Sk tayang ais kacang dan nasi lemak yang Sk makan di Taman Pulai Jaya dengan Iman di fb.


Tengok Ais Kacang Pak Inche, Sk terus suruh Iman order Mango Bliss atau Mango Bingsu. Ais Kacang RM5, Mango Bliss, RM12. Kedua-duanya sedap sangat ya cuma mango tu macam dah lebam sikit warnanya.


Kami pilih Set YS Yong Taufu, RM11.90. Ia datang dengan dua sos cicah, kedua-duanya sedap.


Yee Mee Claypot untuk Tuan Tanah Kedaung. Sedap juga, sangat tidak mengecewakan. 


Selain Dapur Nyonya, ada juga vendor makanan panas lain seperti satay dan ikan bakar. Kunafa pun ada. Yang bestnya juga, kita buat pesanan dalam satu sistem sahaja, tak payah nak gerak ke gerai di sana, gerai di sinun dan di sanun bak kata Kak Amie.


Kalau makanan tak habis, sila tapau sendiri. Bungkus tapau disediakan, layan diri okeh.


Yang ni, Mee Wantan Kering.. sedap juga. Wantan tu homemade ya.


Nampak tak, bukan rupa jer nampak sedap, memang betul-betul sedap di tekak dua beranak tu.


Nampak Dapur Nyonya tepek gambar kami di page fb Dapur Nyonya. Muka ada sinar katanya. Ada sinar sebab makanannya semua sedap dan menepati selera kami, Alhmdulillah.


Cara ke sini, waze aje Amysha Ikan Bakar Village. Betul-betu sebelah Restoran Grand Seafood Kempas.


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ya allah tengok mango bliss tu mengoda sungguh la haiii....!!!! Klu dekat mlm ni juga drive gi sana haha

    ReplyDelete
  2. ya ampunnn mango bliss tu...menggoda betul..kita masuk wishlist la..bulan depan nak ke JB...memang masuk sini kita buat rujukan tempat makan aje la nampaknya..

    ReplyDelete
  3. Bab yong tau foo tu, memang setujulah kalau pilih tak hengat donia... bila nak bayar terkezzzuutlah sikit kan hihihii.

    ReplyDelete
  4. Jarang kita explore area kempas utk JJCM ni...ok boleh masuk dalam listing..

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap...Tersandau PI...kenyang betul tu🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!