MAKAN-MAKAN DI THE PALACE KEMPAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

BALIK dari Dapur Nyonya hari tu, ternampak tempat ni. Sekali pandang, suasananya macam The J di Bandar Seri Alam. Bagus juga ada medan selera macam ni di Kempas, tak perlu lagi memandu jauh hingga ke Pasir Gudang. Padahal, nak Kempas pun benonyer jauh juga, haha. Sk pun dah lama tak ke PG. Selepas PKP, jalan ke arah PG tu, tak pernahnya lengang, jem memanjang. 

Konsep di The Palace ni hampir sama dengan The J, cuma di sini, pesanan dibuat melalui QR Code. Hurmmm... memang bad mood la mana-mana tempat yang guna QR Code ni. Dahlah masa PKP kita dah guna sistem online, makan di kedai pun nak guna sistem online. Faham zaman dah maju, tapi ia menyusahkan jugak sebenarnya terutama jika line internet di kawasan tu macam siput, hihi.

Selepas kita menentusahkan pesanan di aplikasi The Palace, kena terus buat bayaran di kaunter. Makanan akan dihantar ke meja dan ada caj perkhidmatan ya,.. samalah gitu konsepnya dengan caj penghantaran, betul tak? Ai... sejak bila pulak pandai berkira? Hahahaha.


Iman pesan Nasi Goreng USA. Peliklah pulak, sebab ianya merupakan hidangan nasi goreng dengan Daging Masak Merah dan telur mata. Bukankah USA tu maksudnya, udang, sotong dan ayam? Nasi goreng tu nampak macam kosong aje, tanya Iman sedap tak? Iman jawab, bolehlahhh.


Di sini ada pelbagai pilihan menu terdiri dari menu lokal dan menu barat juga menu yang menjadi kegilaan anak muda iaitu menu Korea. Bukan anak muda jer yang suka, remaja purba macam Sk pun suka juga, hehehe. Ianya disediakan dari vendor berlainan la ya.


Sk dan Pak Inche sama-sama makan Sizzling Yee Mee. Sama makanannya, bukan makan sama-sama, hahaha. Seorang sepinggan la gitu maksudnya, mana cukup nak kongsi kalau Pak Inchenya. Elok jer dia susun daun sayur tu dua helai, cendawan dan ayam, dua ketul masing-masing. Kami add on telur. Bagi Sk, masakan sizzlingnya tidak mengecewakan juga cuma ada rasa sedikit hangit.


Selain tu, pesan jugak Takoyaki dan makanan kegemaran Pak Inche, French Fries, hehehe. Takoyaki tu sedap, lembut dan tak lokek inti dan topping.


Beli sate 10 cucuk jer.. buat raso-raso. Sate dan kuahnya agak berminyak, sampai rasa pening-pening, huhu. Okeylah, nak datang The Palace ni senang jer, ikut laluan dari Taman Cempaka tu, tempat ni berhampiran dengan Sekolah Jururawat Kempas tu.  Kira kawasan tu dah jadi syurga makanan laaaa.. nak parking pun senang. Sekian melaporkan, hahaha.

Gedebak gedebuk, total kena RM85+, resitnya lupa ambik gambar.

The Palace
405, Persiaran Kempas Baru, 
Kempas Banjaran, 81200 Johor

Hours: 
Thursday 4 pm–2 am
Friday 4 pm–2 am
Saturday 4 pm–2 am
Sunday 4 pm–2 am
Monday 4 pm–2 am
Tuesday 4 pm–2 am
Wednesday 4 pm–2 am

Waze terus la senang.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dkt sini pun sama bila order nasi grg usa dibaginya nasi grg daging merah terus potong mood

    ReplyDelete
  2. Dekat ngan kolej jururawat? sure ramai jururawat makan kat sini...hehehe...nampak sedap sizzling yee mee tu..kita pun dah lama x makan sizzling...macam menarik je..kalau kat Kempas dekat la dengan Uncle Dania tu...

    ReplyDelete
  3. Memang potong mood kak kalau order guna QR code..tak boleh mintak pedas tak boleh nak extra sayur..huhu..Itulah tu, sepatutnya macam tu lah kan nasi gorengnya. tapi begitulah rupa sebenar nasi goreng USA. Biasa nampak orang jual sizzling mi kat food court je. Bagus juga lah kan ada menu western sekali.

    ReplyDelete
  4. n nasi USA daging merah dan telur nmpak sedapnya

    ReplyDelete
  5. sy mmg anti la restoran yg ambik order guna apps spt Pizza Hut tu...so tricky! akhirnya suruh waitress dia tulong buat...

    ReplyDelete
  6. Ala... tak syioklah kalau satenya buat pening-pening....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!