MASAK NASI AYAM LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HARI ini Sk ambil cuti. Ah, sekali lagi korbankan cuti tahun. Kononnya malam tadi nak temankan Iman ke Konsert Malam Galau Indonesia tapi last minute Sk tarik diri bila Iman dah dapat geng untuk pergi sama-sama. Ingatkan tak jadilah nak cuti, tapi pasal Iman guna kereta, Sk cuti jugaklah. Boleh jer benonyer nak pergi kerja pandu kereta Pak Inche, tapi hakikatnya memang malas nak masuk pejabat, kan.. rasa nak cuti tu lagi kuat dari rasa nak kerja 😂.


Pergi Pasar Tani beli lauk basah. Masa tengah pilih udang masukkan dalam plastik, Pak Inche kata, masak nasi ayam lagi, nak? Boleh aje, beli ayam lain, la.. tak payah defrost ayam dalam peti ais. Gerai satu tu, ayamnya tinggal dua ekor, sekilo RM10, tapi ayamnya comel sangat. Gerai satu lagi, ayamnya gemuk-gemuk dan masih ada banyak, pilih seekor, minta potong empat. Balik pasar tani, singgah warung buruk, sarapan roti canai dua keping dengan nescafe tarik 😍.




Huda, kawan pejabat Pak Inche bagi sebungkus beras basmathi seberat 250 gram sempena majlis tahlil arwah emak Huda yang ke 40 hari. Masa masak nasi ayam hari tu, memang berangan nak guna beras Huda bagi, tapi terlupa, sebab beg berisi beras tu, letak dalam bilik. Kali ni, ingatkan Pak Inche letak atas meja dapur supaya tak terlupa. Benda kalau tak nampak memang asyik tak ingat. Sk tuang beras dalam cawan penyukat agar senang nak anggarkan sukatan airnya nanti. 


Sk gandakan sukatan air rebusan ayam dua kali ganda sukatan beras tadi. Ayam, Sk rebus bersama halia dalam pressure cooker dengan set HP 20.


Cili merah Sk kisar dengan halia, ni isteri sepupu Sk, Kak Zaidah yang ajar. Kak Zaidah kata, guna halia lebih sedap dari guna bawang putih, memang betul. Sejak sekali mencuba, terus Sk guna halia aje. Boleh guna halia dari halia yang kita guna rebus ayam tu, jimat, haha. Kak Zaidah ni, isteri sepupu Sk, abang Zul, anak Pak Besar.

Untuk sos kicap pula, Sk masukkan dua senduk kecil air rebusan ayam, 2 sudu minyak bijan, 5 sudu kicap cair dan sesudu kicap pekat serta 1 sudu kecil gula, kacau sebati.


Ayam yang telah direbus, rendam dulu dengan air berais, toskan,
 kemudian tuangkan sikit sos kicap tadi.


Untuk ayam stail Nasi Ayam Kee Chup ni, tuangkan sedikit kicap pekat dalam kuali semasa menggoreng ayam.


Puas hati masak sendiri, tapi penatlah, banyak kerja nak buat. Mujurlah Iman dah balik, boleh tolong cuci pinggan mangkuk, yey!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Berjodoh pulak kita SK... PH buat Nasi Ayam juga semalam. Penat tu penat tapi puas makan :D

    ReplyDelete
  2. Bolehlah cuba resipi buat cili guna halia.
    Buat sendiri boleh ulang makan.

    ReplyDelete
  3. oh begitu ye nak buat stail nasi ayam kee chup..hihi..boleh try nanti...tips halia dalam sambal cili tu menarik juga!

    ReplyDelete
  4. sexy la ayam tu semua..memag menggamit selera...aduhai...kena try buat macam ni jugak ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!