Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, Sk memenuhi Jemputan Pratonton Citarasa Warisan Kampung Ramadan Buffet dari Thistle Hotel Johor Bahru. Ini merupakan Media Preview yang pertama tahun 2023 ni bagi Sk. Terima kasih, Mr Joshua, yang masih sudi menjemput Sk.
Rasanya dah lama jugak tak ke Thistle. Ada preview bulan Ogos tahun lepas yang terpaksa Sk tolak kerana masa tu Iman menjalani Istiada Konvokesyen di Politeknik Ungku Omar.
Bawa Pak Inche dan Iman.
Kena bawa dedua ni, tak boleh tinggal salah seorang ya kecuali jika salah seorang tu ada hal.. hahaha.
Mr Joshua ingatkan supaya sampai awal sikit sebab jemputan kali ni ramai kerana ada pertunjukan pakaian pengantin dan hari raya jugak. Masa ni, Sk dah selesai ambil gambar, tengah selfie Mr Joshua lalu belakang. Beliau memang kenal dengan Pak Inche jugak.
Sk dah ada pembantu ya. Minta Iman ambilkan video sementara Sk cuma ambil gambar pegun.
Hari tu tak sempat nak bergambar secara personal dengan Mr Joshua tapi Sk dapatlah bergambar dengan Diva AA yang menjadi artis jemputan pada majlis tersebut.
Selain Diva AA, Juara Gegar Vaganza Musim Pertama, Ayai Ilusi pun ada tapi Sk dah biasa dah jumpa Abang Ayai ni yang merupakan rakan Pak Inche. Hari tu beratur sama-sama kat Restoran Azinur sambil tunggu giliran ambil makanan, maka panjanglah boraknya.
Sekian lama jugak tak bertemu dengan rakan-rakan JDT Bloggers. Antara yang hadir Sis Lin, Sunah, Nona, Hernee dan Siti Suziana. Juga wakil media dari Iskandarian, Norfy dan yang lagi seorang tu, kawan Nona.
Bersama Blogger Otai, Sis Lin.
Otai jugak ni, Nona Manis.
Kita tumpang glemer ajelah!
Bersama pemain violin paling stailo, Aqmal Daniel. Selalu jer terjumpa dengan bekas Juara Super Star ni tapi baru kali ni sempat nak bergambar sama, hihi. Malah, Sk dah jumpa Danny sejak dia masih sekolah sebab dulu-dulu Danny selalu dapat jemputan main biola di majlis perkahwinan. Danny sebaya dengan Iman.
Teruja sungguh ya bila nampak durian yang bakal dihidangkan kepada tetamu.
Alhamdulillah, dapatlah merasa durian pertama tahun 2023. Selain durian tulen, dapat jugaklah makan Durian Roll dan Durian Tempura.. sedap namateyyyyy!
Apalagi, cepatlah tempah Buffet Ramadan di Thisle Johor Bahru. Lambat-lambat nanti melopong, tak tahu.. 😆
Meriah betul..memang preview ni diorang buat besar- besaran kan...ada plak Diva AA lagi la meriah
ReplyDeleteHi mr joshua! hehehehe
ReplyDeleteWhoaa.. Syok betul bergambo Dan berselfie...hehehe.. Comeyyy Kak Seri haritu..Pink colourr!!! Moga panjang usia bertemu lagi ❤️
ReplyDeleteWahhhhhj...syoknya.Bergetar anak tekak kami ni...hihihi
ReplyDeleteEh,yang bertahi lalat tu ingatkan Ammi...