JALAN-JALAN KE KLUANG, MAKAN DI RESTORAN BAWAH KOLONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SABTU, janji dengan Iman jumpa di Restoran Nisha di Taman Universiti. Pak Inche nak sarapan tosei. Macam ni la nasib jadi bini mamak, kan.. mujurlah Sk ni cuma tolak kayu dengan batu aje. Jadi, bersiap pun ala kadar, nak ke mamak saja. Tengok Iman sampai kedai mamak dengan baju yang dia pakai masa balik kolej malam tu. Iman kata, baru perasan semua baju dia dah angkut bawa balik rumah, jadi lepas mandi, sarung semula baju semalam, huhu.

Sambil sarapan, Pak Inche ajak ke Kluang. Sebenarnya dah tiap minggu tu berzikir nak JJCM ke Kluang, tapi tak jugak pergi sebab tak ada siapa nak layan, hahaha. Selepas difikir-fikir, esoknya tu, kan Cuti Hari Thaipusam, pergi aje la. Balik rumah dulu, hantar kereta Sk, kemudian terus gerak ke Kluang. Keluar jer Plaza Tol Senai (U), tengok dah sesak tapi masih bergerak.



Yang kelakar, yang mengajak orang lain, yang susun itinerary-nya orang lain, hahaha. Itinerary la sangat, gi Kluang aje pun.. macam ke London pulak siap ada itinerary bagai, hahaha. Destinasi JJCM yang pertama, Restoran Bawah Kolong. Tempat ni dah lama jugak viral, kan. Masa awal tahun hari tu, ketika hujan lebat melanda bahagian selatan tanahair, khabarnya restoran ini dinaiki air naik separas bawah lutut namun masih beroperasi. Makan sambil celup-celup kaki la gitu. Bila Sk tengok lokasiya, memang tak hairanlah boleh banjir kerana kedudukan di bawah bukit.


Konon semangat nak ambil video lepas tu tak jadi sebab dah pegang pinggan nasi, hehehe. Restoran ni menghidangkan nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dari asam pedas, lemak cili padi, lemak putih, pelbagai jenis kari dan sambal, ayam bakar, udang bakar, sotong bakar dan pelbagai jenis ikan bakar seperti caru, kembung dan keli dengan pencicah sambal yang istimewa serta air asam. Haaa.. itulah keistimewaan Tanah Jauhar, pelbagai variasi masakan boleh didapati di mana-mana restoran.


Alahai, datang jauh-jauh, lauk yang sama jugak diambil. Pak Inche ambil ayam bakar, tauhu, hati dan pedal ayam, nampak macam ada telur mata, Iman ambil Ayam Asam Pedas seketul, Sk ambil Asam Sulur Keladi, Ulam Raja dan Sambal Belacan serta Ikan Caru Bakar. Minuman Teh O Ais Limau dan dua ais limau. Kakak cashier tu tekan-tekan calculator tak tengok keypad ya, dia tengok pinggan jer, terror betul. Jumlah semuanya RM40. 


Restoran ini beroperasi di bahagian bawah kolong rumah lama. Kalau tengok pada binaan, macam rumah era 70-an. Tiang rumah ni dibina tinggi mungkin kerana kawasan ini mudah banjir. Jadi, tak adalah kita kena membongkok macam dalam rumah yang Kasim Selamat dan Sabariah sewa dalam filem Ibu Mertuaku, hehehe. Meja pun banyak, tempat selesa dan kawasan parkir disediakan. Lepas makan, kami ke sebuah lagi tempat yang tular di Tik Tok iaitu Talula Hill.  Tu nanti Sk buat entry lain la ya.

        

Seingat Sk, kami pernah dua kali ke Kluang temankan Pak Inche main bola dan Sk pernah singgah ke sebuah mall di Kluang cuma tak ingat apa nama mall tu. Ah, waze kan ada, Sk taip perkataan mall, keluar Kluang Mall. Tengok dari luar, macam biasa-biasa tapi sebaik masuk ke dalam rasa luar biasa ibarat rumah yang luar setinggan dalam kondo.


Produk Wardah semua ada diskaun di Guardian. Berpinar biji mata sebab kalau di JB, walaupun selalu jer ada diskaun di drug store tapi warna yang kita nak tak pernah ada stok. Kat sini, melambakkkk, terus jadi tamak nak beli untuk raya, hahaha. Bukan sahaja kosmetik, skin care pun semua ada stok ya, aaaaaa... orang Kluang tak guna Wardah ya? Wardah bagussssssss tau.


Sebelum balik JB (baca - Joho), tunaikan keinginan Pak Inche nak makan di sebuah restoran yang menghidangkan masakan utara yang dia tengok di facebook. Tak nak sebut nama kedai sebab hidangannya sangatlah mengecewakan.

        

Pasemboq dan Mee Rebus.. Sk cakap dengan Pak Inche, kuah pasembur dia macam kuah colek yang kami makan masa kat Kota Bharu, baru-baru ni. Pak Inche kata, kalau tahu, baik pergi makan kat Kluang Railway Coffee , hehe. Okeylah tu, nak sangat, kan.. hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat menjamu selera
    Wak orang Kluang oun belum sampai lagi ke restoran bawah kolong ni

    ReplyDelete
  2. Berseleranya saya tengok menu bawah kolong ni.

    ReplyDelete
  3. Tak sampai lagi walaupun haritu ada naik kete API g Kluang Saja Jalan Jalan..ohoho..

    ReplyDelete
  4. Macam menarik nama dan menunya..Zaman belajar kat kolej dulu port makan kami juga nama "KOLONG"..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!