Assalamualaikum WBT
MASAK Kari Ayam ni minggu lepas hari Khamis. Sk tak pergi Senai, semua orang masa tu tak ada rumah. Biasanya, Khamis malam makan kat luar, tapi sebab balik awal, Sk rasa lebih eloklah memasak. Bila buka jer bekas rempah kari tu, Sk tengok warna rempahnya lain sikit. Baru teringat, hari tu kemas-kemas kabinet, Sk jumpa rempah kari jenama Mak Siti, biasanya Sk guna rempah Cap O. Rempah kari Cap O lebih kemerahan berbanding rempah kari Mak Siti.
Ayamnya dalam enam ketul jer potong kecik-kecik, pun tak habis ya. Benda tak habis, kita masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk la.
Ada ayam goreng yang digoreng dalam kuali.
Semalam, masak Sambal Daging (ni malas nak boh tajuk lain). Sk panaskan Kari Ayam tu. Nampak.. dah seminggu kari ayam dok dalam peti sejuk. Imannya tak mahu panaskan untuk makan tengahari, dia lebih rela masak maggi. Yang lagi dua mangkuk tu, Tauhu Bakar dan Hati Lembu, Pak Inche beli kat pasar malam. Pun tak habis ya karinya, ada lagi seketul ayam dan dua ketul kentang. Kita simpan lagi.
Pagi tadi, panaskan nasi dan kari tu sambil kukus telur. Kopek telur campak dalam kari, jadilah bekalan hari ini, nasi putih dan Kari Ayam Bertelur, hahahahaha.
dahsyat kari ayam ni, boleh bertelur..nak jugak tahu rahsianya hahahah
ReplyDeleteNasib kita baca smp habis sbb cari gak mana telor ayam kari tu hahah rupanya telo asing last sekali hahha
ReplyDeleteWah.. samalah kita kak.. sy pun suka kari cap O tp campur2 jugak dgn kari jenama lain.. mula ingt telur dipecah dlm kari sekali rupanya telur rebus.. haha
ReplyDeleteterpedaya dengn tajukkk...hahaha
ReplyDelete