SARAPAN DI YANALIS CLUB AND CAFE PUTERI HABOUR & JALAN-JALAN KE DECATHLON - TOPPEN - IKEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

JUMAAT lepas, pagi-pagi dah bersiap cantik-cantik sebab nak pergi bersarapan di tempat yang cantik di Tanah Jauhar ini iaitu Puteri Habour. Hurmmm.. cantik ke???

😝😝😝

        

 Kami ke Yanalis Club and Cafe Puteri Habour yang selalu fyp di Tik Tok. Tengok kulit buku menu, barulah Sk tahu Yanalis Club & Cafe ini menyajikan Indonesian Cuisine.


Dah namanya negara serumpun, kan.. tak banyaklah bezanya menu negara Indonesia dengan Tanah Malaya ni. Selain sarapan, Yanalis juga menyediakan makanan tengahari.. tapi tu kena tunggu tengahari la, kita sarapan dulu okeh.


Sarapan dihidangkan hingga jam 11 pagi. Pelbagai menu Roti Canai, Nasi Lemak, Mee Siam, Lontong,  Lempeng dan ada juga American Breakfast. Nampak ada Pulut Kuning, eh.. macam sedap pulak, kan. Tapi, bila nak buat pesanan, tak ada pulak.


Apalagi.. melontonglah kita!

Soalnya, takkanlah datang tempat kayangan, nak makan roti canai. Eh, tak salah, pun sebenarnya, tapi dah namanya SK, kan.. faham sajolah, tak boleh dipisahkan dengan lontong.


Pilihan Sk, Lontong dan Rendang Ayam.


Iman nak makan Lontong saja tapi SK suruh dia ambil Lontong Rendang Daging.


Sebenarnya, kan.. Sk terkejut masa staf hidangkan lontong dan rendang. Tak sangka macam ni rupa lontong dan rendang di tempat yang begitu ekslusif. Rendang ayam tu, dah berjurai-jurai.. hancur. Daging tu Iman kata, keliru.. rendang atau serunding. Lontong tu cuma semata kuah lodeh dan sambal tumis, macam makan kat medan selera aje. Urut dada! Kalau tahu, baik pesan nasi lemak sebab tengok nasi lemak orang sebelah tu cantik aje dalam pinggan, baru RM2.


Terkejut tengok saiz cawan kopi tu, besar gedabak, lagi besar dari gelas kopi ais Iman. Sk paksa minum sampai separuh, terpaksa tinggalkan. Dah balik rumah, semak resit, baru perasan harganya RM8, patutlah kemahen besar. Orang kaya la tu, order tak tengok harga 😜. 


Lempeng kelapa buat raso-raso. Memang raso-raso jer rupanya dengan sambal longgok macam tu. Kan lebih molek jika letak dalam bekas kecik, baru letak atas pinggan lempeng kelapa tu, hurmmmm.


Staf semua sopan, tempat cantik dan ekslusif tapi sayangnya tiada kualiti. Tidak kisah bayar mahal sedikit asalkan makanannya sedap dan yang penting pinggan tu kenalah mahal jugak, hahaha.

        

Dari Puteri Habour, kami ke Decathlon yang baharu dibuka di Toppen - Ikea. Masuk-masuk jer nampak pelbagai jenis khemah. Sekarang trend kan, 'camping-camping' ni. Seronok tengok, teringin nak join tapi sejenis yang cerewet pasal tandas awam terutama di tempat-tempat liburan, pantai dan air terjun.

        

'Feeling-feeling' duduk dalam khemah, nak hantar gambar kat babah.


Mantap eh designer khemah.. siap ada bilik dan ruang tamu. Yang bilik air sahaja pun ada, siap ada jual pam dan shower. Perabot pun lengkap, sediakan sahaja wang besar!


Kerusi rehat pelbagai bentuk. Semua material dari bahan yang mudah kering dan tidak menyerap air. Ialah, orang kan biasanya berkhemah di air terjun dan pantai. Eh, boleh jugak tau, beli meja atau kerusi kecik ni untuk makan di taman-taman.


Cuba try test kemampuan kerusi menampung tubuh kami. Haa.. memang kukuh, tak ada rasa goyang-goyang atau melendut.

        

Mengopi dan meroti di Cafe Ikea pulak. Tanya Iman nak makan nasi ke apa-apa? Dia kata tak kisah, ikut bonda.


Tengok muka toya macam ni, adalah tu yang dia nak.


Nampak apa dalam troli??!!


Beli Kusyen untuk Poang. Poang tu kerusi rehat. Kusyen lama dah buruk, nak ganti yang baru. Dah berapa kali datang Ikea, asyik tak cukup kusyennya. Kadang badan ada, alas kaki tak ada. Kadang alas kaki ada, badannya pulak tak ada. Tanya Pak Inche, nak kuning ke kelabu.. last-last pilih kelabu la walaupun hati nak sangat yang kuning tu. Mahal giler, dekat sembilan ratuih... aaaaa.. tapi nak jugakkkkk!

😢

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. agaknya stail masakan indonesia, platingnya pun macam tu ekk..eh jiran2 jangan marah tau..ni kemusykilannn

    ReplyDelete
  2. biasa la tu. kadang takde je makanan yang nak tu. lamanya tak pergi ke IKEA

    ReplyDelete
  3. Satu pinggan rentang ayam dan daging. Banyak juga. Ingat sampingan untuk lontong.
    Takpelah sudah rasa makanan macam mana.

    ReplyDelete
  4. saya jenis yang tak rajin nak camping camping ni. nanti dari packing sampai ke unpacking saya sorang je yang sakit kepala.. kuase mak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!