Assalamualaikum WBT
BERANGAN untuk anniversary tahun ni, nak buat Brownies Tower. Brownie kita tempah aje, kemudian menaranya buat sendiri la gitu. Sk teringat Mami Ahnaf ada buat brownie, terus mesej beliau tanya, boleh ke pos brownie tu ke Johor dan sampai dalam hari isnin. Hari ahad, jaranglah posto ada buat penghantaran kecuali poslaju, itupun ada anginnya jugak, hahaha. Bincang.. bincang.. bincang.. mami kata, beliau akan pos pada hari sabtu dan harapannya sampai pada hari isnin.
Alhamdulillah... hari isnin sebelum tengahari, Sk terima panggilan dari runner J&T bertanyakan lokasi Sk. Sk agak, runner ni tak pernah lagi hantar parcel ke kolej, sebab yang dah biasa hantar, sama ada mereka akan letakkan parcel di pejabat atau hantar ke pondok pengawal di asrama. Runner serah terus parcel ke tangan Sk, terbaiklah runner ni walaupun nampak gaya macam ganas orangnya, hahaha.
Cabaran jugak ya hantar brownie melalui pos ni ya mami sebab kena balut berlapis-lapis dengan sampul buih ni, tentu kosnya lebih jugak. Maafkan bonda ya, susahkan mami aje.
Brownie pun kenal balut lagi dengan cling wrap, kan. Harap mami tak serik ambil tempahan Sk, hihi.
Keadaan brownie.. janganlah nak harap cantik permukaannya berkedut ke apa, kan.. sebab dah kena balut. Yang penting, masih seketul besar sebiji, hahaha. Sk tak pasti saiznya, mungkin 8 atau 9 inci, nanti tunggu mami jawab kat komen.
Sk potong-potong masuk bekas, satu untuk kawan pejabat, satu untuk rumah Senai, satu untuk rumah sendiri yang kononnya nak buat menara tu. Balik kerja ingat nak singgat beli stroberi tapi lupa, ialah.. kalau dah balik tu memang dalam kepala ingat nak cepat sampai rumah jer, huhu.
Sk potong, Iman ngap.. Sk potong, Iman ngap.. dengan Sk sekali terlajak ngap.. huwaaaaaa... kenapa sedap sangat sampai tak boleh berhenti ngap. Jangan kata menara, nak buat teres pun tinggal angan-angan.
Tak payah ada topping ke.. strawberry ke.. makan begitu saja dah terlalu sedap. Rasa coklatnya mewah betul, tipulah kalau cakap brownie tak manis, kan.. tapi manis dia tu seimbang dengan rasa coklat. Rasa nak tempah lagi laaa nanti, harap mami sanggup lagi pos untuk kita ya.
Penting rasa sedap. Buat menar untuk tunjuk pada orang.
ReplyDeletelama tak dengar berita mami ahnaf...busy agaknya tu
ReplyDeleteteringin juga la nak order buat kudap2 nak buat menara tak ada seni
hahahaha terus jadi tower dalam perut je dia ekkkk
ReplyDeleteSize 10" brownies tu bonda. Mampat ketepi pulak browniesnye 🤣.
ReplyDeleteKalau sudi order lagi ape salahnye ðŸ¤. Tak susah pun. Hihihi