TALULA HILL FARM RESORT - MENGOPI DI KAFI FARM CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


JALAN-JALAN ke Kluang hari tu, sekejap aje dan dalam masa yang sekejap tu la.. pergi makan tengahari di Bawah Kolong, jalan ke Kluang Mall dan minum petang. Sebelum bertolak, Sk dah letak syarat, agar Pak Inche bawa kami ke Talula Hill Farm Resort yang tular sejak tahun lepas. Katanya, ala-ala Cameron Highlands gitu. Nak pergi Cameron Highlands, jammed, kan.. jadi kita ke Kluang Highlands sajo.

Tak jauh dari pusat bandar, waze membawa kami ke simpang masuk Talula Hill Farm Resort. Dari jauh Sk dah berdebar, sebabnya bukan jalan tar sebaliknya tanah merah. Dahlah hujan, walaupun tak lebat, kelihatannya jalan sedikit lecak. Cuma tanah merah tu diturap rata dan elok, bukan tanah merah jalan kampung tu. Pak Inche ni pulak jenis yang jaga kereta, karang tak pasal-pasal aje, jadi Sk suruh patah balik, walaupun cuma 700 meter aje nak sampai ke THFR tu.

Namun Pak Inche tetap meneruskan pemanduan dengan kelajuan dua jam sebatu. Haihhhh.. kereta lembu pun laju. Sk suruh patah balik, dia tak nak. Dah sampai, takkan nak patah balik, katanya. Ada sebiji kereta di belakang, selamba jer potong kami. Mesti dia kata, lembab la kau ni, hahaha. Yang buat Sk lagi risau, nampak ada jalan naik ke bukit yang agak curam juga. Mahu 70 darjah jugak tu. Selain kereta yang potong kami tadi, hanya kami jer la ada kat atas jalan tu. Lepas tu nampak ada sebuah kereta sedang turun dari atas bukit yang macam 70 darjah tu. 

Dari jalan tanah merah, kami melalui pula jalan batu kerikil. Kemudian jumpalah jalan yang curam tu, yang diturap dengan simen sebelum jumpa jalan tak berturap lagi. Ahhh.. risau. Nampak ada tanda arah 'carpark', jalannya mendaki dan berselekoh, naik la pelan-pelan dengan penuh debaran. Sampai atas, makkk.. banyak keretaaaaaa dahhhh. Hujan pun mencurah tapi tak terlalu lebat. Iman memang dah pakai sweater sebab dia kan pakai baju lengan pendek konon nak pergi mamak jer, sarunglah sweater kat luar. Tu takpa, pakai baju kolej pulak, haha. Ada dua helai windbreaker Pak Inche dalam kereta, Sk sarung satu.. tu yang nampak macam sejuk beno dalam gambar tu, hahaha.

        

        

Tak silap, Kluang ni popular dengan Gunung Lambak dan Gunung Lumut. Bentuk muka buminya berbukit-bukau juga. Maaf jika info ini salah sebab Sk bukan orang Kluang. Tapi, Kluang tidaklah asing bagi Sk kerana arwah Pak Uda Sk, dulu tinggal di Kluang. Sepupu Sk pun rasanya masih lagi ada di Kluang, begitu juga dengan Mak Uda, cuma tak berkesempatan nak melawat saudara-mara setiap kali ke Kluang.

Terdapat dua buah kafe dalam sebuah bangunan dua tingkat di THFR. Sebenarnya, Sk ingatkan kafe tu sama dan lebih tertarik untuk masuk melalui tingkat bawah yang mengadap kawasan menghijau. Bila nak balik tu, baru perasan, yang atas tu kafe lain. Tapi, rasa macam tauke sama tu.. errr.. ke lain? 

Disebabkan masih kenyang makan tengahari di Restoran Bawah Kolong, Sk tak membelek sangat buku menu tu. Fikirnya nak mengopi aje dan terus pesan secawan latte. Iman tak suka minum air panas, dia minta Watermelon Mint. Sk tak suka benda ada mint, rasa macam minum atau makan ubat gigi, hihi. Pak Inche pulak eksen, mintak Long Black, hahaha. 

       

Takkan nak kopi-kopi aje.. Sk pun pesanlah seketul Chicken Mushroom Pie, RM18. Sedap sangat pie-nya. Crustnya rapuh tetapi tidak pecah berderai. Intinya juga sedap, bukan mix vege semata. Iman pulak nak Lemon Tart with Ice Cream, RM25. Sedapnya Tart Lemon tu, sampai Sk terus berangan, balik rumah nanti nak buat tart inti lemon, hahaha.


Yang kelakar, masa balik tu, tersaing pulak dengan lori ais krim jenama Polar. Pak Inche kata, tadi dia nampak lori ni hantar barang kat kafe, mestilah hantar ais krim, kan. Laaa.. ingatkan guna ais krim mahal, sedap ya ais krimnya, jenama Polar jer. Aaaaaaa.. mestilah sedap sebab ada topping coklat meleleh macam tu dengan taburan kacang, makan pulak mengadap pemandangan yang menghijau dalam kedinginan yang mencengkam (hijau tu betul,dingin mencengkam tu tipu).


Iman kata, bila Pak Inche pakai macam ni, dah rupa macam Chaq (kakak sulung Pak Inche). Haaaaa.. memang sebiji pun cuma kak kurus sikit, hidung kecik molek. Satu lagi, kak tak dak misai dan janggut, hahaha.


Harga minuman dia standard harga minuman di kafe jaman now. 
Watermelon Mint RM18
Long Black RM10
Latte RM12

Latte dia sedap giler ya, terasa sangat espresso dia tu walaupun creamy. Selalu jer dapat latte ngelat yang creamy jer rasa tapi kopi tak rasa.

            

Lain kali nak datang makan kat sini pulak sebab sebenarnya banyak ya menu main course dia. Bukan desert dan appetizer saja. Tapi lain kali tu, tak tahulah bila, hahahahaha. Ni kalau datang masa summer, mesti gambar lagi cantik, terang benderang dengan awan macam kapas, kan. Lepas tu, nak duduk kat resort tu.. agaknya takut tak malam-malam? Hahahahahaha. Mahunya Pak Inche nak... hahahahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik giler pemandangan..x perlu dah nak pi CH...sini pun dah best

    ReplyDelete
  2. Lemon Tart tu nampak sedapppp... aishh boleh lah ajak en suami mai sini....

    ReplyDelete
  3. Wak orang kluang pun belum pernah sampai tempat ni

    ReplyDelete
  4. Tumpang bahagia melihat SK sekeluarga gembira!
    Segar mata memandang kehijauan.

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaaa sangat tempat2 yang sejuk macam ini kak 👍. Rasa betah tak ingin balik 😄. Apalagi kalo ada penginapannya juga. Kami pasti memilih menginap walo cuma semalam pun tak apa 😁. Makanannya pun rasa cocok di makan saat dingin yaaa

    ReplyDelete
  6. perlu dibuka lebih byk tempat pelancongan tanah tinggi. Nanti x perlu la bersesak2 ke CH lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!