Assalamualaikum WBT
HURM.. Mulut ni memang tak boleh menyebut tidak. Apa benda yang kononnya tak nak, itulah yang dapat. Hari tu nampak Che Ct Blogger Pencen tayang tart sepit yang dibeli dari Petronas Jalan Mahmoodiah. Aduh, teringin betullah, lama tak beli kuih tart, buat sendiri apatah lagi, kan.. haha. Kemudian, En Nas, senior pejabat Sk jual Tart Nyonya pulak, Sk cakap dengan Naza, Sk dah tobat beli-beli tart ni, nanti tak boleh berhenti menyuap. Walaupun dalam hati teringat tart sepit yang Che Ct beli.
Tup-tup lalu la pulak Sushi Tart by Duyung. Aduh, Cik Duyung ni.. baru aku nak tobat, hahaha.
Sekejapan sebaris hilang. Nilah sebabnya Sk tak mahu beli tart nenas, boleh lupa diri kalau makan. Uniknya sushi tart ni, macam biskut pineapple yang selalu dijual di kedai runcit masa kecik-kecik dulu tapi bentuk segiempat. Cuma yang ni ada tabur keju cheddar.
Terlanjur jumpa Cik Duyung, belilah sekali Red Velvet Tart ni. Che Ct kata sedap, mesti kena percaya. Yang ni Sk beli terus dengan Cik Duyung, tak beli di Petronas.
Tu pun tahan hati jangan terbeli pulak tart sepit, hahaha. Antara keduanya, Sk pilih Sushi Tart tapi tu la.. Cik Duyung tak buka untuk jualan raya. Tempahan Tart Sepit juga telah ditutup ya. Nasib-nasiblah katanya kalau production ada lebih.
Kita tungguuuuuu...😍😍😍
unik namanya sushi tart
ReplyDeleteCie suka tart blueberry. tak sabar nak raya nak order. hihih
ReplyDeleteterasa nak order tart nenas utk raya thn ni la plak..
ReplyDelete