Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Pak Inche ngan Iman menghasut suruh ambil cuti kecemasan hari ini. Mujurlah tak termakan hasutan. Cuti kecemasan bukannya boleh diambil sewenang-wenang. Jika tiada sebab yang betul-betul cemas, tanpa bukti yang kukuh, kenalah mengadap bos. Mengenang wajah bos aje la yang menggagahkan diri bersiap ke pejabat pagi ni, hahaha.
Angah ajak keluar makan ramai-ramai dua minggu lepas. Kami ke Der Cabin Taman Nusantara. Janji pukul 8.30 malam, Zulaikha sampai dulu.
Diikuti nenek.
dan Tuan Tanah Kedaung.
Iman makan Mushroom Chicken Chop. Pak Inche makan Grilled Chicken Chop.
Zulaikha makan Chicken Chop. Sk dan ibu kongsi makan Fish & Chip dan Creamy Tomyam Seafood Spaghetti.
Indah pun makan Chicken Chop.
Abah makan apa tu? Chicken Ball, ke apa tah.
Fish & Chip.. adui, rasa garam, hahaha.
Terima kasih pada yang belanja. Semoga ditambahkan lagi rezekinya dan diberi kesihatan yang baik, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnnn.
3 Comments
Makan makanan Barat
ReplyDeleteSt moga murah rezeki orang yang belanja itu.
Ya Allah....IMAAAAAANNNNN!
ReplyDeleteKetawa sendiri depan skrin tengok siung Iman sampai Firdaus terkejut!
Lawak la Iman ni...🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih