Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA sepanjang minggu ini sehingga minggu hadapan, merupakan minggu menimba ilmu bagi sebahagian staf dan pengajar di kolej Sk. Membuka tirai tahun ini, semalam, Sk menghadiri Kursus Penasihatan Akademik yang melibatkan seramai 25 staf dari cawangan Johor Bahru, Muar, Kluang dan Batu Pahat yang diadakan di Hotel Seri Malaysia (HSM), Johor Bahru.
Suka sangat bila kursus diadakan di sini kerana dekat dan mudah. Yang paling penting, makan kena sedap, hahahaha. Dari pengalaman yang lepas-lepas, Food & Beverages (F&B) di HSM antara yang terbaik Sk pernah pergi untuk hotel seangkatan dengannya. Janganlah pulak nak dibandingkan dengan hotel 5 bintang, itu tak aci.
Sarapan secara bufet disediakan untuk peserta kursus. Disebabkan itu, tiada minum pagi jam 10. Haaaa.. makanlah puas-puas sebab dia tarik ke depan waktu minum pagi tu. Sk dah terbayang mee goreng macam masa
Kursus Pengurusan Data Peribadi tahun lepas, tapi tak ada pulak. Kali ini hidangannya nasi goreng dan
nasi lemak bihun goreng. Selain tu ada nugget tempura, samosa dan cucur ikan bilis. Ada stall juga iaitu bubur nasi dan bihun sup. Yang lain-lain ada kaunter salad, roti, minuman sejuk dan minuman panas.
Tengok minggu depan, mesti muka semua masing-masing makin tembam, asyik makan.. makan.. makan, terutama orang yang paling depan belah kiri tu ha... hahahaha.
Sejuk sungguh Dewan Langkasuka ni. Masing-masing dah bawa blazer, Sk tak bawa sebab entah, tak teringat pulak pasal sejuk ni. Sebelum tengahari, ustaz matikan pendingin hawa di bahagian belakang. Ala korang ni, sejuk salah, panas komplen, hahahaha.
Hahahaa.. ini kelakar.
Teringat dulu-dulu suka praktis tulisan jawi setiap kali dah kehabisan modal dalam kelas.
Sebagai kolej kemahiran, kami tiada sistem khusus Penasihatan Akademik (PA). Jadi, kali ni kena ada fail khas untuk perjumpaan PA.
Yang ditunggu, waktu makan. Macam di mana-mana kursus pun, makanan disediakan secara buffet.
Nasi putih, Ayam Masak Lemak Cili Api, Kupang Berlado, Telur Rebus Masak Sambal, Sayur Kubis Goreng dan ulam kacang panjang, timun, tomato dan terung bakar. Sedap betul! Yang bagusnya lagi, HSM masih guna pinggan seramik ya, bukan pinggan parti hari jadi.
Lepas tu ada kerja berkumpulan pulak. Penyelesaian masalah.. masalah betul, hahaha. Ahli kumpulan terdiri dari Sk, Shasha, Siti, Hajar dan Ila.
Tiber.. Sk pulak yang kena bentang. Dah lama tak bercakap di depan, hahaha.
Bergambar dengan Big Bos selepas selesai. Lepas tu ada minum petang pulak iaitu Mee Rebus, Karipap dan Popiah. Sk tak makan kat situ, ambil karipap dan popiah jer kemudian terus balik. Kena cepat-cepat gerak sebelum merangkak dalam jammed, hahahaha.
Seronoknyaaaaa ada training...bab ni suka sebab 2-3 hari training makan sedap2, jimat kan...hahahaa..
ReplyDeletePasukan Perjudian Bintang kami menawarkan kerja jauh untuk pelajar. Kami membayar untuk mencari ralat dan pepijat di tapak. Semua butiran di laman web rasmi Star Gambling.
ReplyDeleteLama ye SK berkursus... Seronok bila gi kursus; dapat ilmu baru, kawan baru dan paling best makan 4-5x sehari haha...
ReplyDeleteSyoknya kursus kat hotel.
ReplyDeleteKami dah agak lama kursus kat hotel dibekukan..
Balikw kursus kat dewan jabatan.Makan pun tapaw..huhuhu