URUT DADA DI EQ CAFE TAMAN TERATAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

KALAU tengok dalam takwim kalendar tahun 2023, cuti sekolah penggal akhir bagi tahun 2022 bermula dari 17 Februari 2023 sehingga 11 Mac 2023 (negeri cuti Jumaat). Tengok kelmarin ramai yang kongsi gambar di medsos, cuti sekolah dilanjutkan seminggu lagi sehingga 17 Mac 2023. Sekolah di negeri Johor dan negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, akan memulakan sesi persekolahan tahun 2023 pada  19 Mac 2023. Bulan Januari lepas, lima kali Sk hadir lewat. 15 hari pertama bulan Februari je, lima kali dah punch card Sk merah. Syukurlah jika cuti sekolah masih panjang, semoga tiada lagi dakwat merah tercetak di punch card SK, hahaha. Oh, ni bulan terakhir la guna punch card, mulai bulan hadapan dah guna sistem thumb print. 

Berkali jugak fikir nak masukkan entry ni. Hurmmm.. kenapa agaknya sampai urut-urut dada tu ya... Ceritanya, kami ke EQ Cafe yang baru dibuka di Taman Teratai. Biasalah, kalau ada cafe baru, Pak Inche la antara yang mula-mula tahu. Sk jarang-jarang lalu Taman Teratai ni, kadang lalu pun tengah memandu, kan.. tak toleh kiri-kanan, tahu-tahu rupanya ada kafe baharu yang dibuka berhampiran stesen minyak Caltex, alaaa.. bangunan yang ada gym tu.

Di atas setiap meja telah diletakkan menu dan kertas pesanan serta pensil. Boleh tandakan menu yang kita nak makan dan minum dalam kertas pesanan tu kemudian panggil staf yang sentiasa sedia membantu dan menyemak pesanan pelanggan.


Sk tertarik tengok penggunaan meja dan bangku serta susunan dalam kedai. Ringkas dan comel tapi sayangnya, bila dah duduk rasa tak selesa kerana bangku agak tinggi dan kaki tergantung tiada tempat berpaut, hahaha.. Dia ada jugak letak bangku panjang macam kantin tu yang agak rendah sedikit tapi kebetulan kami duduk di meja yang keempat-empatnya menggunakan bangku biasa. Masa kami sampai, baru satu meja diduduki pelanggan dan nampak macam dah habis makan iaitu sis yang tudung hitam dan abang bertopi. Kemudian, ada satu keluarga datang terdiri dari ibu empat beranak dan keluarga kakak tudung kuning tu. Ibu empat beranak tu, duduk di sebelah kiri Sk. Tak lama kemudian, Sk nampak, anaknya yang paling kecil, mungkin sekolah rendah, pergi ke dapur dan balik semula ke meja. Lepas tu, staf dari dapur keluar bawa jambangan coklat dan kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday. 


Sup Ayam pilihan Pak Inche. Selain ayam, terdapat juga cendawan tiram. Pak Inche macam selalu, la.. tak sabar-sabar nak makan, tak dan ya Sk nak ambil gambar mangkuk sup masa tengah penuh tu.


Meh kita ngecek sikit sup dia. Ada kelainan la rasa sup dia.. cuma.. Sk cukup menyampah ya kalau satu-satu tempat tu promot sungguh-sungguh ada menu sekian-sekian, tapi bila kita nak, tak ada. Cafe  ni katanya yang special ada gear box, tapi masa kami datang tu ada sup ayam aje. Urut dada sekali!


Sk pesan telur mata nak makan dengan Mee Goreng, tapi dapat telur goreng. Dalam menu tulis telur mata, tahu tak telur mata tu macam mana? Dah dua kali ni urut dada!


Malam-malam nak makan ABC.. Pak Inche la tu. Sk minum ais kosong aje, ais kosong di sini percuma, segelas besar dia bagi. Lepas tu, kan.. Sk nampak staf yang ambil kertas pesanan kami tadi, keluar dari dapur sambil tatang dulang berisi mee dan kuey teow goreng serta.. apa tu.. kuning-kuning, dari jauh nampak macam pelam. Sk bersorak kecil, yey, dah siap.. tetiba, kan.. dia pergi meja sebelah kiri Sk dan letak mee goreng tu. Terus Sk kecewa. Tapi pelik, sebab Sk yang sampai dulu, hurmmm.. agaknya dorang dah pesan makanan awal sebab nak sambut hari jadi, kan. Kemudian, masa dia nak letak kuey teow tu, adik tu angkat tangan, macam kata.. tak, bukan kami punya (kuey teow). Masa ni, Sk dah agak dah, dia salah hantar, mee tu, meja kami punya. Urut dada lagi.. tiga kali dah ni!


Kemudian dia masuk dapur semula dan keluar semula bawa dulang tadi. Kuey teow tu dia letak atas meja kakak tudung kuning. Anak kakak tu terus makan.. ahhhh.. selamat dah kuey teow aku! Agaknya, kebetulan pulak dua-dua meja tu pesan makanan yang sama dengan kami pesan. Kemudian staf tadi keluarkan benda yang kuning-kuning tadi dari dulang dan mencari-cari, kemudian Sk malas nak tengok apa jadi. Tetiba dia dah sampai dan letak pinggan berisi fries tu atas meja. Laa.. yang kuning-kuning tu kentang goreng. Sk lupa ada pesan fries. Betullah tu, mee goreng, kuey teow goreng dan fries dalam satu dulang tu, meja kami punya. Tak percaya, boleh scroll ke atas tengok gambar kertas pesanan tu ya.


Sepanjang kejadian tersalah hantar meja tu, hanya Sk saja yang perasan, Pak Inche memang tak sedar langsung ya sebab dia tengah syok makan Sup Ayam berselang-seli dengan ABC sambil scroll handphone. SK diam jer sambil urut dada. Tengah urut dada, datang adik dari meja sebelah beri tiga potong kek Red Velvet Mamasab. Eh, sedaplah pulak kek RV MS ni. Terima kasih, adik.


Nampak... fries dan sup dah wassalam, kuey teow dan mee goreng tak sampai-sampai. Ish.. dah berapa kali Sk urut dada ni.


Seminit kemudian baru sampai Kuey Teow Gorengnya. Staf tadi minta maaf sebab lambat. Sk pelik jugak kenapa dia tak bawa Mee Goreng sekali sedangkan masa tersalah hantar tadi, boleh pulak dia bawa mee, kuey teow dan kentang serentak dalam satu dulang. Tapi, hurmmm... malas nak tanya. Dah macam merajuk la gitu. Pak Inche pun makan la kuey teow tu, dah suku habis, dia baru perasan yang mee goreng Sk tak dapat. Pak Inche pun panggil staf tadi, tanya, mana mee goreng. Staf tu pun, oh, ada order mee goreng ya, sekejap ya.. kemudian dia masuk dapur. Tak lama tu, dia keluar dan pergi meja kami, minta maaf ya, kami lambat, kami buatkan mee goreng tu sekarang. TAK PAYAH!

Haa.. berkat urut dada tadi sambil istighfar kan, Sk cakap, takpe, tak payah buat, saya cancel. Cancel aje buat mee goreng tu, tak pe.. tak pe... Berkali-kali la staf tu minta maaf. Pak Inche pulak suruh makan jer kuey teow dia. Dah habis makan semua, Pak Inche pergi bayar.. dah habis bayar, nampak Pak Inche jinjit beg plastik. Sk tanya, apa tu? Dalam hati sebenarnya macam tau apa.. Pak Inche kata, nanti dia cakap.


Pak Inche kata, staf tadi, lepas selesai Pak Inche bayar dan pulangkan baki, dia bagi bungkusan ni, sambil cakap, ni mee goreng yang tak dapat tadi, kami belanja, tak payah bayar, sebab kami yang salah. Terusssssssss Sk cerita la kejadian yang tak disedari Pak Inche tadi, hahahah. Haaa... nasib la Pak Inche tak sedar, kalau tak, lagi drama ya... nasiblah Sk banyak urut dada sambil istighfar jer tadi, kalau tak, mahu jugak keluar taring agaknya, hahaha. Semoga mereka dapat membaiki perkhidmatan di cafe tu, semoga terus maju jaya.

Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng tu sedap, cuma lain kali janganlah letak potongan bawang bombay ke bawang holland tu.. jadi pedih mata pulak kami nak makannya, huhu.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haaa...tau takut...kan dah kena bagi free...itu baru SK cakap cancel je la..kalau keluar ayat lain....hehehe..gurau ye SK...tapi betul la kena perbaiki service, kena alert sapa order dulu sape order kemudian

    ReplyDelete
  2. Urut dada juga ni sambil baca entry SK ni... Moga² depa akan perbaiki service-nya tu. Baguslah depa bagi Mee free tu sbb sesetengah kedai tu tak rasa bersalah pun huhu...
    Anyway RV MS mmg sedap SK. PH kalau nak order MS selalu pilih RV je

    ReplyDelete
  3. Dapat bayangkan perasaan SK, sebab kami pun pernah begitu. Betul sangat, kalau order satu-satu makanan, jawabnya tak ada, habis! Dan biasanya disebabkan menyampah, saya tak buat entri makan di tempat berkenaan hihihiiii.

    ReplyDelete
  4. uish, menyeramkan pengalaman ni ek...saya pun tak pernah pergi lagi kedai ni..tapi mee goreng dia tu serius nampak sedap!

    ReplyDelete
  5. Rajin ye Pak Inche mencuba makan di kedai baru. Saya pun tak suka juga kalau seat tinggi. Kaki tergantung lenguh lak aiii...Ngecek! Lama tak dengar perkataan tu kak. Nampaknya kena banyak improve lah service dorang kan. Rezeki juga dapat merasa kek birthday orang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!