JALAN-JALAN CARI IKAN DI PENDAS & JENIS-JENIS IKAN MAYONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

        

CERITA dua minggu lepas jugak ni, Pak Inche hantar kereta ke Pusat Servis Toyota di Medini. Katanya, ada bunyi duk duk gitu setiap kali melalui bumper. Sk menyusul Pak Inche dan jemput dia di pusat servis, kemudian kami bersarapan di sebuah restoran mamak yang baharu di buka di Sunway Iskandar. Pak Inche sarapan Roti Puree dan Sk pilih Tosei Masala. 

        

Gerimis berlarutan di Tanah Jauhar. Sejuk macam winter kat London. Eh, tak mo la bagi perumpamaan macam tu, nanti ada pulak yang perli, pernah ke pergi London masa winter? Mentanglah kita tak pernah pergi London masa winter, kan.. hahahaha. Jangan kata masa winter, musim apapun tak pernah pun  pergi London. Eh, tengok tu.. Pak Inche sambung makan Roti Canai pulak, hurmmm. Lepas makan, Pak Inche kata, jom pergi Pendas. Lagipun lama lagi nak tunggu kereta siap.


Maka, Sk pun memandu ke Pendas. Pendas ni dah tak meriah macam dulu, lengang aje. Tengok belangkas, rasa nak aje soh Pak Inche beli tapi tu la, takut tak jadi karang masaknya. Orang kata, belangkas ni, kalau salah masak, nanti yang makannya mabuk.


Belangkas di gerai lain pulak. Aaaahhh.. geram jer tengok, terbayang Belangkas Masak Lemak Cili Api.


Ada lokan. Pun rasa nak beli jer, tapi malas pulak nak mengerjakannya. Lagipun dorang ni semua bukan pandai makan lokan.


Siput besar tapak tangan, lupa nak tanya, species siput ni. Menurut peniaga, siput ni kena rebus selama sejam, barulah ia akan keluar dari cengkerang, kemudian, bolehlah dipotong-potong dan dimasak ikut citarasa kita. Sk masih ingat masa Majlis Perkahwinan Anak Saudara Pak Inche di Alor Setar, Kedah, mereka menghidangkan sejenis siput yang dimasak sambal. Sedap macam sotong, tapi tu dah siap masak, beranilah Sk makan, hihi.


Sk ambil video di atas dan hantar dalam grup whatsapp. Angah tanya, ada tak ikan mayong, kalau ada, tolong belikan seekor. Sk yang dah masuk dan hidupkan enjin kereta, turun semula dan berpatah balik ke gerai ikan tadi. Minta penjual tu pilihkan seekor mayong yang ada telur. Penjual tu tekan seekor-seekor perut mayong, tak silap ada empat atau lima ekor.. semuanya tidak bertelur. Ah, pilih sajalah mana-mana.. mungkin belum musim ikan mayong mengawan agaknya, hahaha. Ikan mayong RM15 sekilo dapat diskaun RM14 sekilo. Sebelum tu, Sk tengok di gerai sebelah, RM18 sekilo.


Selepas ditimbang, jumlahnya RM55. Paling surprise, ada telur la rupanya mayong yang Sk pilih tu. Rasa seronoknya dapat ikan mayong bertelur walaupun bukan beli untuk kita. Petang tu, Angah singgah ambil ikannya di rumah dan malam tu dia mesej beritahu ikan dah siap masak, nanti datang ambil. Sk cuma minta simpankan sekeping sebab Sk dah keluar makan. Lagipun Pak Inche mana makan ikan mayong.


Angah hantar gambar Asam Pedas Ikan Mayong Bertelur, hehehe. Telurnya direbus dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk asam pedas. Menurut Angah, ikannya sedap betul kerana dari spesies ikan mayong yang isinya kuning yang sukar didapati. Barulah Sk tahu, ikan mayong ni ada tiga jenis warna isinya iaitu kuning, putih dan hitam. Yang paling liat, isinya putih dan paling lembut isinya kuning.


Hurmmm.. kalau beli bulat-bulat seekor, cemana nak kenal isinya putih, kuning atau hitam? 
Caranya ialah dengan melihat pada warna kulit dan muncungnya. Kalau muncung panjang, ikannya putih, putih isinya. Jika muncung panjang, kulitnya hitam, isinya kuning dan jika kulitnya hitam, muncungnya dempak, isinya hitam. Boleh rujuk gambar di atas, tapi yang kat dalam gambar ni tak ada pulak contoh rupa mayong yang isinya putih. Nampaknya lepas ni, kalau jumpa mayong, mesti Sk renung betul-betul, kalau tak, bagi Sk, semuanya mayong, hahaha.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sayapun baru tahu. Haha susah hendak ingat mana pernah pilih ikan mayong.
    Rezeki dapat rasa masak asam pedas ikan mayong bertelur.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya telur ikan mayong..skrg kat rumah dah ada pesaing yg sama2 suka makan telur ikan..hahaha.. SK diorang jual2 ni start kul berapa? selalu kita pi belah petang...tu x jumpa kot org yg jual2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pagi sangat, sehingga zuhur rasanya. Kalau dtg pagi2 kadang ikan belum naik ke darat, hehehe.

      Delete
  3. Lama tak makan belangkas. Dulu kecil-kecil suka cari belangkas di pantai.

    ReplyDelete
  4. Kecik-kecik dulu selalu bakar belangkas, makan telurnya dengan air asam. Kalau mabuk maknanya termakan tahi belangkas.

    ReplyDelete
  5. dulu wak suka mkn siput gonggong.. tp lama2 jd geli pulak.. hahaha 😅

    ReplyDelete
  6. dah lepas ni kena gi belek muncung mayong pulak...

    lama dah x makan asam pedas berempah mayong

    ReplyDelete
  7. Wah..besarnya siput tu..terliur pulak walaupun kena rebus lama

    ReplyDelete
  8. Part nak mengenal ikan ni isi sedap ke tak tu memang pas kat Pak Zain la...alahai..sedapnya ikan mayong..fav SA tu masak kari...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!