BERBUKA SOLO 6 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, Pak Inche memenuhi jemputan berbuka puasa Ranhill SAJ di Double Tree By Hilton. Lepas tu, kena bertugas pulak liputan perlawanan bolasepak antara Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim. Tinggallah Sk berseorangan.


Sk buka peti sejuk, tengok ada dua tiga empat lima lauk left over. Ada Kari Ayam yang Sk masak minggu lepas punya lepas, ada hati ayam goreng minggu lepas, ada dua tiga ketul kecil ayam masak asam pedas dan Sambal Udang Petai. Sk keluarkan sambal udang dan kari ayam. Kari ayam Sk kukus sambil masak nasi. Sambal udang dan hati ayam goreng, Sk letak aje atas periuk nasi tu, nanti sambil masak nasi dia panas la kan. Sekali, bila dah nak berbuka tu, baru sedar, bukannya sambal udang tapi asam pedas ayam. Cepat-cepat Sk keluarkan sambal udang dan panaskan atas stove. Sebab memang dah plan nak makan kari ayam dengan sambal udang baru ngam, hihi. Siap panaskan terus tuang atas nasi sebab azan dah berkumandang.

Dari asalnya nak gaul Kari Ayam dan Sambal Udang, tak jadi. Sk makan nasi dan lauk sambal udang dulu, kemudian lagi separuh makan dengan asam pedas dan hati ayam goreng tu. Asam Pedas Ayam pun tinggal secoet jer ayamnya, baiklah habiskan dari bekasnya tu memenuhkan peti sejuk. Apa cerita Kari Ayam??


Tak disentuh langsung pun.. huhu. Tapi syukurlah, tiga lauk dah licin semalam. Nampaklah lapang sikit peti sejuk Sk tu. Kari ayam ni, Sk guna rempah lain, bukan rempah kari cap O macam biasa. Pak Inche kata, tak sedap. Berani ek dia kata tak sedap? Hahaha. Sebenarnya, tengok kaler pun dah tahu, ia tak sedap macam Cap O. Warna rempah dia gelap tak macam cap O yang kemerahan. Tapi takkan nak buang pulak, kan. Tengok iklan dia terpampang kat highway, teringinlah nak cuba.. tak sangka jadik gitu karinya.. hurmmm.. tu yang tak laku tu, kalau tak, kan berulang makan lauk kari Pak Inchenya, hihi.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagus jugak lauk frozen ni kan...penyelamat kala keslrangan yg malas nak masak kan..🤭

    ReplyDelete
  2. Selamat berbuka. Moreh sekali ke tu?

    ReplyDelete
  3. Kita ni jenis bila sendiri apa pun boleh buat berbuka

    ReplyDelete
  4. bila sorang2 apa yang ada je pun boleh...

    ReplyDelete
  5. mak saya pun selalu buat gitu...panaskan lauk guna rice cooker sambil masak nasi...

    ReplyDelete
  6. Ganglah kita SK. Panaskan lauk atas nasi yang nak kering. Cairlah kuah kena wap nasi dalam periuk.

    ReplyDelete
  7. bila solo memang senang abiskan segala leftover aje..misi mengosongkan peti ais..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!