BELI LAUK LAGI BERBUKA 8 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

SK ingatkan, semalam Pak Inche masih lagi ada acara berbuka puasa di luar, rupanya tidak. Jadi, Sk pesan minta dia beli sayur dah masak sikit, tak payah beli lauk lain sebab Kari Daging dan Ayam Percik yang dibeli kelmarin tu belum pun dimakan lagi. Dia kata okey, tapi......


Dia tambah lagi Kari Daging dan Asam Pedas Tetel tapau dari Dapur Asmara serta tiga ketul Hati Ayam Goreng Kunyit. Dia kata, okaylah tu, baru RM11. Yang dalam periuk tu, Kari Daging yang dia beli di Taman Sri Pulai. Okey, beli Asam Pedas Tetel tu boleh terima, Kari Daging kenapa beli lagi??? Yang nampak plastik sikit tu, Kuey Teow Goreng.


Sk dah panaskan Ayam Percik. Memula panaskan ayam sahaja dengan sedikit air, bila dah panas ayam tu baru tuang gravy ayam supaya tak hangus.


Ayam Percik ni seketul RM7. Pak Inche kata, baik beli Ayam Percik ni dari yang diikat pada buluh tu, peha ayam seketul jer dah RM5. Ialah, buluh pun modal jugak tu, jawab Sk.


Lauk-lauk malam tadi. Kari Daging, Asam Pedas Tetel, tak habis makan pun.


Karipap Penang ni, dulu-dulu-dulu di awal perniagaan mereka harganya RM1.50. Tahun ini RM3.50, saiz pun dah mengecil. Selain ni, Pak Inche ada beli kuih goreng campur-campur serta onde-onde.


Sk pesan beli Murtabak untuk sahur.


Hari ni sahur Sk bangun lambat sikit sebab tak perlu berebut nak bersiap ke pejabat. Murtabak ni untuk Pak Inche, Sk nak makan nasi, hehehe. Tapi, separuh aje pun murtabaknya dimakan Pak Inche. Dia memang jenis tak selera makan pagi-pagi.


Goreng telur mata, makan nasi dengan Sambal Tumis Bilis lebih makan Lempeng Berbuka 7 Puasa. Lepas tu, sambung makan murtabak lagi separuh. Yassalammmmm...

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dapur Asmara ni tak nak ke buka cawangan di Kuantan murah2 lauk dia jual

    ReplyDelete
  2. Murahnya 3 jenis lauk baru 11 ringgit .. kalau PH pun borong sakan :D

    ReplyDelete
  3. apesal murah sangat dia jual aluk erk..skrg mana- mana semua mahal..kat situ masih murah..jangan suruh dia bukak cawangan kat Seremban..nanti SA jadi pemalas nak masak...

    ReplyDelete
  4. kalau hari bekerja tu terpaksa beli je lauk-pauk. beli pun berpada2.. x leh ikut nafsu. nanti x abis mkn dan masuk ke tong sampah la jawabnya....huhuhu...

    ReplyDelete
  5. meriah..mcm2 lauk...dah lama x jumpa ayam percik guna buluh..

    ReplyDelete
  6. Belilah bagus... bantu naikkan ekosistem ekonomi....

    ReplyDelete
  7. Meriah tu untuk 2 orang makan.Lama dah tak makan ayam percik..macam terbau-bau pulak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak kata meriahnya makan untuk dua orang.

      Delete
  8. Tang hati ayam tu, tiba-tiba kita teringin nak makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!