Assalamualaikum WBT
PENAFIAN dulu.. bukan nenek Sk tapi nenek budak-budak ni laaa, hehehe.
Tahun ini, kami sepakat menyambut hari jadi nenek awal sebab Izzat kata, nak balik Ganu, 12 haribulan. Jadinya, semua sepakat nak buat pada 11 haribulan (Sabtu). Tiberrr.. tak jadi balik 12, jadinya, kami pun buat pada 12 haribulan, hari ahad, kan.. Sk ambil cuti sebab nak buat belah siang. Tarikh hari lahir yang sebenar ialah hari ini, hehehe.
Semua setuju nak makan Nasi Arab. Iman cadangkan Restoran Star Hadramout. Selepas berbincang, semua setuju di sini, ubah selera la gitu. Tapi yang sebenar, Cik Ani tu nak makan kat Istanbul Turkish Horizon Hill. Bak seribu 🤣.
Semua urusan tempahan dibuat Sk awal beberapa hari. Rupanya, restoran tak penuh pun. Mungkin berbeza jika buat di sebelah malam. Kami siap bertukar sampai tiga meja sebab nak cari yang selesa dengan size kami yang triple L ni 🤣.
Semua dah berkumpul, bolehlah pakat-pakat buat pesanan nak makan apo 😆. Ada beberapa jenis nasi arab dalam buku menu, kebab, spaghetti dan steak. Sampai-sampai jer memasing terus ngap baklava atas meja tak silap ada lima ketul, RM10. Sk kurang gemar baklava.
Cikwa dan emak.
Lamb Tikka, RM25. Ini kira pembuka selera Cik Ani la kot. Ambil juga dua mangkuk fries, RM7 semangkuk.
Angah pesan Mixed Family Set. Ada tiga jenis nasi arab, dua ayam dan dua kambing, RM90.
Cik Ani jadi model Lamb Tikka. Selain tu, mereka juga pesan Shawarma dan Kebab serta Creme Caramel.
Angah datang empat beranak aje. Abang Jam tak ikut, sakit kepala katanya. Set dulang ni ikutlah keselesaan, nak makan ceduk dalam pinggan atau terus dari dulang. Ada meja yang sesuai makan dari dulang terus.
Maqloobah Special, RM45. Nasi Maqloobah dengan Lamb Shank. Ni Cikwa kongsi dengan nenek (ibu).
Pak Inche dan Iman pilih Mandhi Lamb. Kami tiga beranak tak mahu makan kongsi dalam dulang, hehe.
Mandhi Lamb, RM25.
Sk ambil Maqloobah Lamb, RM28. Maqloobah lebih berempah. Sk tertarik untuk mencuba Maqloobah kerana nasinya dimasak bersama kekacang, buahan kering dan terung. Cara masakan kambing maqloobah dan mandhi juga berbeza. Set nasi arab datang bersama semangkuk kecil sup dan sepiring kecil sos harrah. Sos harrah pedas sampai tak relaks okay 😆.
Tengah penuh mulut, Cikwa panggil nak ambil gambar.
Susah betul budak kecik ni nak makan nasi ya. Untuk Jeika, Mandhi Chicken, RM17. Ayah Jeika ambil Mandhi Lamb.
Nenek peminat Nasi Arab. Paling dia suka, Nasi Arab Restoran Saba Putrajaya.
Cik Ani makan Mandhi Lamb. Ada empat pinggan Mandhi Lamb.
Manjang mulut penuh.. hehe.
Masakannya sedap, tetapi nasi tu macam tak panas la, agaknya sebab air-cond sejuk sangat kot ditambah cuaca hujan masa tu. Restorannya luas dan selesa dengan bilangan pekerja yang ramai.
Cikwa kata, nanti Awal Ramadhan dia balik lagi. Di Johor, sama ada puasa atau tidak Khamis, 1 Ramadhan tu, kami tetap bercuti sehingga ahad, sebab ganti cuti bertindih kerana hari Khamis tu juga merupakan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.
Iman minta Kunafa, dia tanya nak cheese tak? Laju-laju angguk. Lepas tu, yang Cik Ani kita dah cakap nak cheese jugak tapi dia bagi yang original.
Cheese dia tarikkkk tanak putus. Cemanalah kat dalam peyut, huwa huwa huwa.
Tak boleh muat naik videonya pulak, kita screen shot, staf restoran ramai-ramai nyanyikan lagu birthday dalam bahasa arab, hehehe.
Selamat hari lahir, nenek yang ke 82 tahun. Semoga Allah swt memberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada nenek.
Usia macam ni asyik mengenang barang yang lepas ibuku. Mungkin semua nenek-nenek begitu agaknya. Oh, kek Red Velvet Cheese tu Cik Ani tempah dengan kawan.
Jeika pun nak pakai tarbus macam nenek.
Tarbus tu memang disediakan untuk pelanggan yang meraikan hari lahir di RSH.
Pak Inche pun nak jugakkk.
Jeika bergambar dengan babah bertarbus. Ni kira adik beradik angkat dengan Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Nama dia???
Abdul Wakanda 😆
Iman kata, hop perut babah nak jatuh.
Bergambar kenangan la jugak depan kedai.
Lepas tu pergi rumah Cik Ani pulak makan Bubur Pulut Hitam sambil hirup Teh O Panas.. nikmatttt.
Jeika tu comel la..sama dengan kakak Iman erk..suka buat aksi comel...nampak sedap makan macam ni...Selamat Hari Lahir buat Nenek a.k.a ibu SK...semoga dilimpahkan kasih syaang dan diberikan kesihatan yang baik...
ReplyDeleteHappy family!
ReplyDeleteBahagianya dapat bersama-sama meraikan ulang tahun insan tersayang. Moga nenek @ ibu SK sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin.