MAKAN NASI BARYANI MOHD SHAH (MOHD ESA)

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


DUA hari ini, Pak Inche ke KL kerana bertugas. Pertama, menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya petang ini. Yang kedua.. uruskan client dalam program Malaysia Hari Ini, esok pagi. Dia ajak Sk ambil cuti dan teman. Jadi hari ni, Sk ambik cuti tahun kerana nak menemankan Pak Inche. Disebabkan semalam cuti hari pekerja, Sk bagi cadangan untuk jalan-jalan ke Melaka dulu, jadi, taklah jauh sangat nak sampai ke KL. 

Plan asalnya nak bertolak lepas subuh, rasa macam dah lama tak sarapan kat Muar. Tapi, memang tak lahhh, sebab baju pun belum sempat kemas kerana malam tu sampai rumah pun dah lewat lepas dinner kat Restoran YX. Dengan nak kemas pasir dan sediakan keperluan budak-budak bulus dalam rumah ni sebelum ditinggalkan, kan. Dari nak makan sarapan sate, kami sarapan nasi goreng baki hari tu dan telur separuh masak je. Pukul 11.40 baru nak masuk highway, hehehe. Berdua aje lah, Iman hari khamis ada kelas.


Pak Inche ajak singgah Batu Pahat, JJCM dulu. Kami keluar di Plaza Tol Ayer Hitam lepas tu baru Sk teringat, songkok Pak Inche tertinggal 🤣. Kami cari kedai menjual kelengkapan haji dan umrah, tiga kedai tutup, kan hari cuti semalam. Mujurlah ada satu kedai buka dekat dalam bandar Batu Pahat.


Cuba nasib singgah Medan Selera Benteng nak makan Baryani Mohd Shah. Perniagaannya telah diambil alih anak Allahyarham yang bernama Mohd Esa. 


Kambing dah habis tinggal ayam. Trademark Baryani Mohd Shah ni, mereka akan letak dulu nasi dalam pinggan, kemudian letak lauk dan tinbus lauk tu semula dengan nasi. Istilahnya ialah Nasi Baryani Laut. Nasi Baryani Ayam, satu set RM11, tapi satu set ni cuma ada nasi dan lauk aje, no pencuk, no dalcha. Ada acar buah tapi tu kena beli lain. Boleh juga jika nak minta dia asingkan lauk.

Aaaa.. Johorean kalau makan baryani kena matching dengan Bandung Soda, okeh!


Kenangan ikut ibu pergi kenduri masa kecik-kecik. Dulu-dulu, majlis perkahwinan biasanya dibuat selama 3 hari 2 malam. Seingat Sk, acara perkahwinan bermula dari khatam Al-Quran (pengantin perempuan), malam berinai kecil (pengantin perempuan sahaja), majlis ijabkabul, berinai besar (kedua-dua pengantin), majlis bersanding di sebelah siang dan malamnya tu ada makan malam pulak. Dulu-dulu mana ada makan buffet, setiap meja dihidangkan untuk 4 orang yang akan dipisahkan oleh 4 biji gelas disusun berderet. Pinggan akan ditelangkupkan tanda telah bersedia untuk tetamu duduk makan. Kemudian barulah penanggah (kendarat) datang bawa dulang lauk. Di dada mereka pula tersemat duit $1 yang dilipat bentuk kipas, hihihi.


Nasi Baryani Mohd Shah menggunakan beras basmathi Himalaya. Mungkin ada yang berpendapat nasi beriani kedai lain pun ada lagi sedap tapi nasi beriani di sini dah tahap legend, sebab tu orang datang BP selalu cari kedai Mohd Shah ni.


Belum separuh kami makan, tengok-tengok dorang dah letak note 'HABIS'. Kira rezekilah, memang sebelum ni berapa kali datang nak makan tak pernahnya dapat, manjangnya habis, huhuhu. Tak percaya, boleh baca KAT SINI dan KAT SINUN.

Burppp.. Alhamdulillahhhh.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kedai legend memang dah ramai kenal tu. kena cepat la kalau nak makan.

    ReplyDelete
  2. SK yang di tepi sekali yang pegang gelas tu ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!