Assalamualaikum WBT
SEKEJAP sahaja hari berlalu. Ahad, Cikwa dah nak kena balik KL lepas jemput Angah balik dari umrah di KLIA, Jumaat lepas. Begitulah kehidupan, tak selamanya kita dapat berkumpul. Orang kata, jauh bau bunga, dekat bau uk uk, hahaha. Sebelum Cikwa balik, kami ramai-ramai pergi makan di Stesen Kopitiam yang terletak di Eco Galleria Iskandar Puteri.
Cadangnya nak sarapan pagi tapi terlajak pulak dah nak masuk waktu tengahari. Macam-macam menu sarapan ada seperti Lontong, Lempeng, Roti Jala, Ubi rebus, Cucur dan semestinya Nasi Lemak dengan pelbagai pilihan lauk antaranya Sambal Sotong, Sambal Udang, Sambal Telur Puyuh dan Rendang Ayam.
Sk yang sentiasa punctual, hahahaha. Kita layan dulu la Kopi Cham dengan Biskut Bijan Legend sementara menantikan kedatangan mereka-mereka. Pesan juga roti bakar kaya satu set, ni makan separuh jer dah kenyang, besar roti dia, tak kedekut pulak sapu kaya dan potongan mentega pun tebal, cair tapi tak meleleh, memang ngam sangat.
Alang-alang dah hampir tengahari, Sk cadangkan kami pesan Asam Pedas Stesen Family Set ni. Kalau dah dapat nasi, baru tenang hati, hahahaha. Semua worang setuju, jomlah kita!
Kami ambil Family Set B untuk 6 orang makan (kami berlima jer)
Asam Pedas Kepala Ikan Merah (X1)
Asam Pedas Isi Ikan Merah (X2)
Asam Pedas Ayam (X1)
Sayuran (X2)
Telur Dadar (X6)
Nasi Putih (X6)
Sirap Selasih (X6)
Merahnya kuah asam pedas tu. Tapi nampak menarik pun ya jugak. Datang pulak dgn set yg betul2 ngam dgn lauk asam pedas. Mesti berselera makan tengahari tu.
ReplyDeletelawa cantik kuah asam pedas tu
ReplyDeletemenarik semuanya... tengok gambar ni.. alahai..dah lama sebenarnya tak makan sama sama dengan adik beradik
ReplyDeleteYe ye... amalan bungkus tu sangat bagus
ReplyDeleteKacang bendi tu sedapnyaaaa... fancy kaler kerusi.. jarang jumpa colorful mcm tu
ReplyDeleteAla yg bawah tu touching 🥺
ReplyDeletePuashati tengok hidangan dia semuanya nmpk sedap dan service pun bagus nampaknya tu...
unik btul rupa bentuk telur dadar tu kan...peminat asam pedas pasti suka tu
ReplyDeleteTerliur tengok kuah asam pedas tu...elok cantik pekat likatnya...sedap hirup tu..
ReplyDelete