KARI IKAN SIAKAP & IKAN KEMBUNG GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


AHAD, dua minggu lepas, pagi-pagi dengan penuh bersemangat PI sorang-sorang keluar pergi pasar tani. Balik, dia bawa ikan siakap besar bas, tapi bahagian ekor aje la 🤭 dengan satu bahagian isi. Selain tu, tiga ekor ikan kembung dan enam ekor sotong serta tiga keping roti canai untuk sarapan, hehehe.


PI beli jugak, bendi, lada merah dan tomato. Aaa.. bila dia dah beli siap-siap macam tu, faham-faham aje la, dia nak mintak masakkan kari ikan. Lama tak makan, katanya. Tapi, tu la.. dah nak makan, baru teringat, kari ikan lupa letak santan, huhu. 


Ikan kembung ni goreng seekor jer dulu.


Ada sayur kailan. Sayur ni PI dah beli lama jugak, tapi simpan sebab malas nak goreng sayur. Nasib masih elok sayurnya.


Tumis bawang merah, bawang putih dan lada merah, kemudian letak sos tiram aje.


Sambal belacan.. tumbuk guna lesung batu tau.


Sayur tu, makan sekali duduk aje. Kari ikan, mula makan bahagian ekor dulu. Isinya repeat hari lain. Lepas tu goreng lagi dua ekor ikan, seekor jer makan, seekor lagi buat bekal. Sengaja goreng siap-siap senang. Esok pagi tinggal angkut masuk dalam beg, hehehehe.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macamana lah boleh terlupa letak santan. Mesti masa tu fikiran entah ke mana. Bila mood rajin datang, muncullah sambal yang ditumbuk dengan penuh kasih sayang gitu. Mesti lagi sedap bila ditumbuk.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kari ikan...SA kalau masak kari kena gu kan ngan ikan masin...bertambah- tambah makan nasi...lepas tu memang suka bahagian ekor..selalu berebut dengan adik- adik bab ekor...Abah memang dha tahu...kalau beli ikan besar2 bahagian ekor memang untuk SA...boleh sentap kalau x dapat...Kailan pun sodap...

    ReplyDelete
  3. Sedap nya Kari ikan...Linda sampai sekarang,tak berapa pandai masak Kari..buat lepas makan anak beranak boleh la.

    ReplyDelete
  4. Sedap makan apabila ada sayuran..Syukur nikmat makanan yang Allah berikan

    ReplyDelete
  5. Cantik dan sedap kari ikan ni. Saya kedekut minyak masa menumis, memang tak cantik sangat kari, hehe.

    ReplyDelete
  6. https://madey09.blogspot.com/ ini link blog saya ya..follow

    ReplyDelete
  7. sedap juga kan kak tak letak santan,saya pun kadang2 memang sengaja buat kari tak letak santan...

    ReplyDelete
  8. Masakan kari memang sentiasa membuka selera. Kari ikan tak bubuh santan pun sodap!

    ReplyDelete
  9. Rajinnya SK tumbuk sambal! PH tret tret dekat blender je 🤭 Sayur goreng² gini mmg sedap makan sekali duduk je...

    ReplyDelete
  10. semua lauk sedaap 😍😍😍 Rajinnya menumbuk, kalau saya habis gatal-gatal satu bdn....

    ReplyDelete
  11. Sedapnya menu SK. Kari ikan takde santan pun sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!