Assalamualaikum WBT
TAK habis-habis lagi memblog kisah jjcm ke utara pertengahan bulan Jun lepas. Kisahnya, lepas MAKAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG tu, kami nak masuk semula lebuhraya utara selatan melalui Plaza Tol Changkat Jering. PI ada jugak bunyi-bunyi nak ikut lebuhraya timur barat (WCE) tapi Sk ingatkan dia, kalau dah masuk WCE, nak masuk balik ke LUS, jadi jauh. Dekat CJ tu ada dua cabang, kan.. satu nak masuk LUS kat bawah jejambat, satu nak masuk WCE. Boleh pulak PI masuk WCE, alasannya papan tanda situ tak tulis Kuala Lumpur. Eh, sabar aje laaa.. Dah termasuk kat WCE, jalan aje la, nak u-turn lagu mana, kan. Lepas tu, kami keluar ke Ipoh, nak ikut Seri Iskandar, memang jauh la.. buang masa betul, huhuhu.
Awalnya, kami tak bercadang untuk singgah tidur di mana-mana tapi, badan dah letih, mata dah tak boleh buka rasanya. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk menginap satu malam di Concorde Hotel Shah Alam. Sebelum tu, singgah makan malam siap-siap di
Nasi Lemak 223, Petaling Jaya.
Sedap nasi lemaknya, berderai tapi lembab-lembab tak kering. Sambal pun sedap, pedas manja jer. Dalam sambal ada ikan bilis dan bawang.
Dah banyak kali menginap kat sini, nak ambil gambar pun malas dah. Hotel ni pun dah lama dan macam Sk pernah cerita sebelum ni, bilik dia dah tak baru dan tidak juga ditambah baik. Tapi tu la, harga dia aje yang agak berpatutan. Kami pulak cuma nak singgah sekejap untuk rehat, solat dan zzzz.
Dah malam-malam tu, lapar la pulak. Ialah, tadi makan malam awal, kan. Teringat dekat sini ada Room Service Take Away Set, RM20 sahaja. Perkhidmatan ni 24 jam ya. Sebenarnya, craving tengok dia letak gambar air tin kat bunting tu. Dahsyat betul dia punya ilustrasi penggambaran, hahaha. PI pilih nasi goreng dengan air sprite, Sk pilih Kueyteow goreng dengan coke. Tak menahan betul, tak padan perangai dengan umur, minum air gas tengah malam. Punyalah kenyang, Sk cakap dengan PI, esok nak sarapan coco crunch aje la, tak larat nak makan, hahaha.
Ni haaaa orang yang kata nak makan coco crunch aje tu, hihi. Tengah-tengah makan, nampak pelakon tengah nak ambil makanan kat buffet line. SK tak tahu nama dia, tapi dia selalu berlakon jadi datuk-datuk, rambut lurus beruban. Hari tu dia pakai topi. Kalau Datuk Megah Holdings, rasa Sk dah pergi bergambar, hahaha.
Lepas tu makan kuih-muih pulak. PI makan roti canai dengan telur ajelah. Tak larat nak makan nasi lemak, hehehe.
Last sekali, ambil bubur nasi dan biskut cicah Kopi O panas. Memang tak ada selera sangat macam selalu. Ni pun makan sebab rasa rugi kalau tak makan sebab harga dah termasuk penginapan, kan. Memang kalau bercuti ni, tak boleh lebih tiga hari ya, hari ke 4, dah rindu rumah. Agaknya, faktor usia, hehehehe.
Tak suka betul ikut WCE tu, kemain jauh perjalanan dia. Entah bila nak sampai tak tahu lah. Penat jadinya. Elok jugak tu singgah Shah Alam, tidur kejap topup tenaga. Kalau room service murah okay sangatlah tu order. Dalam pada nak macam coco crunch, lain pula di ambilnya. Coco crunch entah kemana. hihi..Siapalah pelakon tu ek. Tak dapat nak bayangkan siapa.
ReplyDeleteSA x pernah lagi ikut WCE, tapi suami bila kita sebut WCE tu dia mula la buat2 seram dia..ntah apa yang seram ntah...Concorde makan sedap skit lunch buffet dia..sarapan pagi SA x pernah cuba
ReplyDeletemurah tu Room Service Take Away Set, RM20 sahaja
ReplyDeleteWCE laluan favorite kami dari belum siap hinggalah skrg, tak pernah dah lalu hiway yg menyesakkan itu 😁 best lalu wce boleh singgah makan-makan hehheheheh...nasi lemak tu buat rasa tergoda....😍
ReplyDelete