Assalamualaikum WBT
PAGI ni santai-santai jer bersiap nak pergi kerja tapi bila tengok jam dah pukul 6.45 rasa macam berdebar pulak sebab biasa paling lewat pun, time tu dah panaskan enjin kereta, hihi. Sengaja lambat pasal hari ni boleh submit jer waktu clock out. Petang nanti ada Majlis Apresiasi Staf Raikan Dedikasi di Impiana Hotel Senai dan tak perlu balik kolej untuk clock out. Tak tahulah tu pukul berapa habisnya, rasa pukul 4 ke 5 petang. Tak ingat tentatif, hihi.
Cerita makan bercampurlah hari ni, terlalu banyak gambar makanan di lain-lain kedai. Malas nak buat entri lain-lain, hehehe.
Cendol Lorong
Minum cendol di Pontian. Selalu pergi cendol di Tambak, kali ni pergi di Lorong Cendol atau Cendol Lorong.
Ia dikenali sebagai Cendol Lorong sebab gerainya berada di lorong kedai.
Cendol dihidang dalam mangkuk besi. Suap guna sudu besi. Kemik-kemik dah mangkuknya entah berapa kali jatuh tu agaknya, hahaha.
Disebelahnya ada penjaja kuih. Kedai runcit tu tipu eh, tak ada, hahaha.
Beli kuih bom, RM2/3 biji. Kakak penjual bagi extra sebiji. Dekat situ makan dua biji, bawa balik lebihnya tapi terlupa nak makan, esoknya baru nampak, hurmmm. Maafkan saya kuih bom.
Krue Se Tomyam
Restoran Tomyam baharu yang dibuka di Taman Pulai Mutiara 2. Marilah kita singgah makan malam.
Jus tembikai untuk tuan penaja.
Sotong masak... nama menu dia bunyi macam pelik, kami order la nak rasa. Rasa dia macam masak paprik tapi lebih pedas dan berkuah sikit.
Edit : Masa nak delete gambar dalam galeri, baru perasan ada gambar menu kru se tomyam. Nama masakan tu Ialah Nam Prikpau.
Baby kailan tak boleh tidak.
Tomyam
Jauhnya telur dadar, hahaha. Servis lambat sikit dan pekerja masih kurang mahir. Mungkin sebab masih baharu. Kalau malas keluar taman, boleh repeat ke sini.
Stesen Shawarma Pulai
Dekat rumah, tengah scroll TT, lalu vtt Stesen Shawarma Pulai. Cuba nasib order thru whatsapp, eh.. bolehhhh. Sebab setahu Sk, mereka sebelum ni tutup order thru whatsapp.
Dalam 40 minit kot dah sampai. Yang ni Arabic Shawarma Beef. Dia dah siap potong-potong macam tu, susun dalam bekas. Ada fries dan hirisan daging jugak selain daging dalam wrap tu. Lepas tu ada potongan carrot mentah, dia ingat kita rabbit kot, hihi.
Yang ni Shawarma Beef Cheese.
Bergaduh nak potong pun. Sedap, boleh repeat tapi nak ambil ayam pulak. Daging dia keras sikit, sakit gigi kita, hahahaha.
Maggi Tumis
Teringin sangat maggi tumis. Tu takpa, macam-macam ada eh, ada rangka ayam dan tomato sebab benda ada dalam peti ais, hehehe.
Kuih Lopes & Vadei
Beli kuih Lopes di BBU. Sk tanya, kira macam mana? Jawapan: 1 ikat ni RM7.50, dua ikat RM15. Hurmm, bunyinya macam ada diskaun kalau ambil dua. "bolehlah, dua ikat." Padahal, memanglah dua ikat (7.50 x 2 = 15). Lainlah kalau dia kata dua ikat RM14, hahah.
Sedap eh lopesnya. Pernah la beli sebelum ni tapi kat tempat lain. Simpan dua tiga hari dalam esbox pun masih lembut pulutnya.
Beli Vadei dekat BBU jugak. Sambil tu gigit cili hijau, perghhh!
Kafe Eleven Kitchen
Nak pergi mall tapi singgah makan dulu di Eleven Kitchen, lama tak makan Mi Kolok, kata PI.
Rasanya ada perubahan harga. Tentulah naik, takkan turun, kan. Tapi masih berpatutan.
Mi Kolok PI, sambal cili mahu lebih. Cuma di Eleven Kitchen dan Athirah Eatery Hutan Bandar jer yang Sk jumpa ada sambal cili untuk Mi Kolok.
Puas hati PI dapat Mi Kolok Eleven Kitchen ni.
Sk lapar nasik!
Ayam Salted Egg tapi sikit sangat sos dia. Ayam dia sedap, rangup Dan juicy, terasa perapan dia. Sk rasa dia rendam air garam, teknik khas untuk perap ayam goreng.
Top One BBQ
Nak makan pari bakar di Top One BBQ. Okey, kita timbang dulu. RM46 ek, dulu-dulu ikan pari bakar kat sini sekeping baru RM6, tapi tu, lebih 20 tahun lepas la, hahaha.
Pekerja baharu, PI kata, muka dia macam Ariff Aiman. Aa.. ah, tengok lama-lama macam sama. PI kan selalu jumpa AA.
Bagus dia, beritahu harga sotong bakar untuk dua orang makan RM22. Pekerja lama sebelum ni tak pernah cakap. Kami pulak tak pernah tanya, orang kaya begitulah, hahahah.
Kangkung belacan dan nasi putih atau masakan panas lain, pesan dari kedai sebelah. Top One BBQ ni jual makanan laut sahaja.
Ikan Pari Bakar Sambal.. sedap ya ampunnnn...
Ais Jelly kegemaran jika makan di sini. Lupa nak cut sugar awak.
Penuh meja, makan berdua aje.
PI pesan cakoi bakar jugak.
PI kata cakoi tu bungkus, dah tinggal kurang separuh pun nak bungkus ke, baik habiskan.. heheheh.
Burppp.. Alhamdulillah.
Ni entri kasi clear gambar makanan di galeri hp ya? 😂
ReplyDeleteRajinlah jugak, saya punya ujung-ujung delete. Membazir tenaga betul kan.
Cendol Pontian tu, dulu zaman sekolah rendah saya selalu makan kat lorong tu. Masa tu murah entah berapa sen satu mangkuk.
Saya selalu risau bila nak order menu daging, sebab kita gigi tak berapa kuat dah. Yang orang kata lembut, pada kita liat 😄
amboiii..sekali harung semuanya ha...dapnya...telan- telan air liur kita SK....
ReplyDeletewahhh... banyak betul menu yang ada... nanti leh try la pi makan kat taman pulai mutiara 2 ... nampak menarik lauk lauk nya...
ReplyDeleteWalaupun baru lepas makan mee rebus pantai timur tapi tengok makanan macam-macam kt sini terliur terus... cendol lorong tu dari sana sekolah rendah dah ada dh orang jual kak. Skrg ada lukisan tu ek... cantik2
ReplyDeleteFuhhh banyak betul menu, tengok gambar pun dah rasa kenyang 😋. Sedap nampak cendol tu, boleh repeat lagi ni!
ReplyDeleteaduihhh.. mana satu nak gi cuba dulu ni??
ReplyDeleteMacam-macam ada tu. Saja tau, dia bagi kita lapar. Dah la belum makan. Tapi kita tak pernah tengok la, cakoi bakar. Dapnya!
ReplyDeleteMangkuk lejen! Kalau dekat rumah kena buang dah mangkuk kemik gitu hihi...
ReplyDeleteLegend sangat mangkuk tu kemek2 pun tak diganti baru. Menandakan lama betul kedai tu beroperasi.
ReplyDeleteCendol mangkuk besi ni bagi efek extra sejuk!
ReplyDeleteMelihat lorong cendol, saya langsung ingat cendol di Georgetown Penang yg juga famous sangat. Macam tuh, pakai gerobak, selalu panjaaang antrian. Pakai piring stainless, jadi dinginnya lebih lama 😍😍.
ReplyDeleteShawarma pulau nya kliatan sedaaaap kak. Saya suka yg pertama, potongan pun rapi. Tapi kenapalah wortel besar sangat, mentah pula tuh hahahahah
Kalau lupis, naah saya nih picky kalau kue ini. Lupis yg dijual di JKT saya tak suka. Tp kue lupis yg di Aceh, sukaaa sangat.beda rasanya. Kalau Malaysia punya saya belum coba, jadi tak bisa bilang dulu
Pari dah mahal kan. 🤣🤣. Sayapun kalau pesan ini, bersiap je laah dengar harga 😄😄. Yg penTing sedaaap