DAH JUMPA KAD PENGENALAN YANG HILANG TU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


INGAT lagi tak Tragedi Sk hilang kad pengenalan secara tiba-tiba akhir tahun lepas? Dah putus asa mencari dan risau jika dijumpai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalah guna kad pengenalan Sk, esoknya tu jugak Sk ganti kad pengenalan baharu. Dalam pada tu tetap jugaklah mencari, selongkar dalam kereta dan pergi lagi ke Stesen Petronas tu bertanya, tetap tak jumpa. Sk bukan apa, kotlah orang tak jujur jumpa, lepas tu dia buat guna pinjam Ahlong ke, matilanakkkk, huhu.


Aaa.. berbalik kepada tajuk tu, agak-agak, dekat mana Sk jumpa kad pengenalan yang hilang tu???


Ceritanya semalam petang, Sk nak basuh baju, jadi Sk keluarkan baju kotor dari bakul satu persatu, kibas la bagi keluar lengan, kaki seluar semua tu kan, bentang atas mesin basuh. Mesin basuh Sk ni jenis muatan depan, jadi Sk selalu akan angkat semua baju yang dah bentang atas mesin tu sekali arung. Masa nak angkat tu la Sk rasa ada benda keras macam kad, Sk pun nak keluarkan la, (apa ni, cakap dalam hati).



Wehhhhh.. IC aku!! Lepas tu terus Sk gelak sorang-sorang, hahahaha.. tak tercapai akal ya, tentu-tentu sebelum ni dah cuci seluar tu, dah lipat semua, macam mana boleh tak jumpa??? Kenapa sekarang baru dia muncul??? 


Padahal masa hilang tu, dah raba satu seluar dah, dah seluk poket, tak koyak pun rasanya masa tu.


Kemahen santai kau ya! Duit PI dah melayang RM110 baru jumpa, hahaha. Rupa-rupanya, poket PI tu bocor habis. Seluar ni kan ada lining kain net tu, jadi, KP tu duduk dalam net tu dan mungkin dia berada di bahagian bawah seluar, tu yang tak jumpa bila dah raba-raba pun. Haishhhh.. sabar aje laaa. Sk terus whatsapp dalam grup, bantai gelak aje la masing-masing, hahahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah jumpa akhirnya janji tak sampai orang lain. Aduhaiiii sengeh sengsorang baca.

    ReplyDelete
  2. Jumpa juga akhirnya..lepas tu nak buat macam mana tu...pulangkan kat JPN ke apa SK?

    ReplyDelete
  3. sama lah kita...linda punya jumpa dalam poket cardigan...sama juga, padahal dah tengok tau...jadi macam mana ni? salah ke kita ada 2 IC??? hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!