HADIAH GIVE AWAY BAJU RAYA BERLACE DARI KAK NOTIE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT



BIASANYA, Sk akan blogwalking selepas terbitkan satu entri baharu dengan melihat pada blog list di side bar. Sk masa tu baru lepas komen entry dari ceritera kehidupan, Tukar Pembalut Buku, kemudian nampak ada entri baharu dari Blogger Saje Suka-Suka, Kak Notie, Give Away Baju Raya Berlace. Eh, Kak Notie nak bagi baju raya, cepat-cepat Sk klik.



Kali ini Kak Notie bermurah hati nak sponsor baju raya berlace. Syaratnya cuma perlu tinggalkan komen, saya nak baju raya. Tapi, puas Sk scroll atas bawah dan refresh berkali-kali tak jumpa ruangan komen. Buka dekat PC pun tak boleh. Mula Sk ingat line internet problem, tapi sebelum tu boleh jer tinggalkan komen di blog blogger lain. Sk cari cara untuk hubungi Kak Notie, jumpa email Kak Notie dan Sk terus hantar email beritahu ruang komen tak ada, hahah. Mujur la Kak Notie notis email Sk tu.


Rezeki, dapat hadiah Baju Raya Berlace nombor 1. Syukur, Alhamdulillah. Kak Notie kalau buat giveaway memang beliau bagi gitu-gitu aje. Siapa cepat, dia dapat. Tak ada syarat lain. Sk baru jer kenal Kak Notie tahun lepas melalui giveaway jugak. Masa tu Kak Notie anjurkan Giveaway Mencari Saham Akhirat dan Sk merupakan salah seorang pemenang yang menerima hadiah telekung Siti Khadijah.


Dah sampai pun hadiah pertama Baju Raya Berlace berwarna biru dari Kak Notie, kelmarin, yang menggunakan khidmat poslaju Malaysia. Berat bungkusan tu bila diangkat menandakan harga kain tu bukan murah-murah tu. Tak silap Sk, pemenang kedua, Nieza, juga mendapat hadiah yang sama.



Bentang atas iron board. Bentuk lace tu bersegi macam corak kain. Sk rancang nak buat fesyen kegemaran Sk iaitu baju kurung moden. Semoga tailor Sk, Kak Imah sanggup nak jahitkan untuk pakai raya nanti, hihi.


Sk dah berangan ni, lepas baju siap, nanti nak tampal rhinestones pulak. Semoga angan-angan Sk tercapai la, dapat pakai masa raya nanti, hihi. Kak Notie, terima kasih di atas pemberian ini. Dua kali dah ni dapat hadiah, rasa tak aci pulak kalau tak bagi sesuatu pada Kak Notie. Ialah, kita pun nak jugak pahala untuk dibawa ke sana, InsyaAllah. Buat Kak Notie, Sk doakan semoga Allah swt menambahkan lagi rezeki wang yang banyak lagi halal, kesihatan yang baik, umur yang panjang, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Itulah..Linda pun sama dok cari² butang komen..tapi, masa tu ada kerja memanggil²..tak dan nak melepak lama² depan PC .Kikiki..alhamdulillah..ada juga rezeki no 10

    ReplyDelete
  2. Lawanya kain SK dapat. Nice sangat! SK rupanya yang tegur kak Notie, tak ada ruang komen. Hehe.. efficient sungguh. šŸ˜ŠšŸ‘

    ReplyDelete
  3. Tahniah..cantiknya kain, mesti cantik bila siap nanti :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Boleh buat baju raya. Murah rezeki kak notie suka bagi macam2.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!