MAKAN ASAM PEDAS IKAN MAYONG BY ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


 SEJAK Isnin hingga semalam, Sk dan PI ambil cuti tahun dan berjimba-jimba ke utara, ahaks! Ni hari ni, rasakanlah hadap jammed dari Setia Eco Business sampailah persimpangan lampu isyarat Taman Nusantara. Dah masuk highway tu sedaplah sikit, tapi masa nak turun jejambat Perling keluar ke Jalan Skudai, sekali lagi merengkekkkk. Ada kerja pembaikan jalan dan hanya satu lorong dibuka. Gedebak gedebuk, pukul 8.27 baru dapat clock in, itu dia, sejam setengah baru sampai office.



Ingatkan penutup Family Gathering keluarga Cik Nah Mak Ngah tu sampai kat Tangkak aje, kan. Eh, takkkk.. esoknya Angah cakap, dia masak Asam Pedas Ikan Mayong dan ajak semua datang makan. Tak tahulah berapa besar ikan mayongnya tengok kepala dalam mangkuk tu, cer bayangkan.


Ada sayur kacang panjang goreng bersama tauhu dan telur.



Masa makan di Dapoq Ijan Terbakaq tu, banyak makanan yang tak dimakan, ni Siakap Bakar Sambal, Cik Ani bawa balik dan panaskan, bawa ke rumah Angah. 


Semua makanan laut campur sekali jadi Shell Out. Ni sebab PI kan tak makan asam pedas ikan mayong, tu la kena panaskan lauk-pauk ni jugak.


Ikan parang goreng. Ikan parang ni kalau goreng kena angkat dengan minyak sekali.


Janji makan pukul 2, Sk dah keluar rumah, sampai Taman Teratai, orang Telekom telefon untuk kerja pembaikan talian internet yang terputus. Rupanya memang wayar putus pun. Kata technician tu, mungkin dipatuk gagak. Sk suruh mereka makan dulu, tak payah tunggu Sk.



Sk bawa telur dadar. Dah tak dapat mereka makan telur dadar Sk, hehehe.



Ikan goreng.. tataw ikan apa.



Semangkuk ni isi ikan mayong, Sk habiskan jer semua, senang kemas, hahaha.


Member makan kuah asam pedas aje dengan shell out. Itulah, makan memilih. Dia tak tahu ikan mayong tu sedap beginiiiii 
👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduh ruginya PI tak makan ikan mayong... Apatah lagi yg dimasak asam pedas, sedap ya amat hihi

    Teringin nak ada skil memasak macam Angah ni, tapi tak reti nak masak dlm kuantiti yg banyak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!