Assalamualaikum WBT
1 JANUARI merupakan hari bekerja bagi negeri Johor. Kelakar pulak bila baca di medsos, rupa-rupanya ramai yang baru berhijrah ke Johor sama ada bekerja atau belajar tidak cakna tentang perkara tersebut sehingga ada yang tidak hadir bertugas pada 1 Januari. Lima negeri di Malaysia yang tidak mengisytiharkan 1 Januari (Tahun Baharu Masihi) sebagai cuti umum adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Semoga selepas ini ramai yang maklum tentang perkara tersebut.
Membuka tirai 1 Januari 2026 yang lepas, Sk dan geng makan-makan office pergi makan tengahari di Kafe Kueh Bakor cawangan Taman Damansara Aliff. Macam biasa la, Sk sampai paling awal jadi kita snap pic menu pada order chit ni.
Menu Mangkuk Siya sepanjang minggu.
Kueh Bakor Pandan Sk order untuk hidang.
Kueh Bakor Ubi, ni Hajah pesan.
Kueh Bakor Ubi dan Kueh Bakor Pandan. Dua-dua sedap eh nak nak di permukaan dan tepi-tepi dia yang garing tu.
Pagi tu Sk dah bersarapan dengan PI di Ashoka Curry House. Masih kenyang lagi jadi Sk cuma pesan lempeng. Set lempeng ni ada tiga keping, pencicahnya sambal tumis dan sambal sardin. Jenuh nak habiskan lempeng yang ketiga tu. Untuk minuman, Sk minum Barli Panas. Lupa nak pesan jangan letak gula (konon!).
Sirap Ais ni mengingatkan kami kepada Aida yang selalu pesan Sirap Ais setiap kali keluar makan. Aida dah berhenti tahun lepas dan kini tinggal di Segamat.
Wantan Goreng Madi punya.
Selain tu Madi pesan jugak Lontong Kering. Kuah Sambal Kacangnya memang asing atau Madi mintak asing ke, tak pasti.
Madi minum Carrot Susu.
Nasi goreng untuk Roza. Roza ni ahli baru Geng Makan-Makan Office, hihi. Roza sebelum ini bertugas di cawangan Batu Pahat yang telahpun ditutup.
Dua orang anak Roza join sekali hari tu. Masih cuti sekolah lagi, kan. Kedua-duanya masih sekolah kebangsaan. Kedua-duanya pilih makan nasi ayam.
Nasi Lemak Berkelah ni namanya, pesanan dari Hajah. Patutlah namanya Nasi Lemak Berkelah, ia dibubuh dalam mangkuk siya. Sesuailah tu kalau nak bawa berkelah, hahaha.
Lauknya lengkap dengan ayam goreng berempah dan condiments lain bagi nasi lemak. Naza dan Kak Imah makan soto tapi jauh sangat Sk nak snap pic, hihi.
Burppp.. Alhamdulillah.
kat Damansara Aliff ya... nanti boleh la ajak geng geng opis ni makan kat sana...
ReplyDeleteTudia, dalam mangkuk tingkat terus. Sesuai dengan nama menunya, nasi lemak berkelah. Best la SK, ada geng makan². Syok makan ramai².
ReplyDelete