Assalamualaikum WBT
VIRAL di JB sekarang, Restoran Mi Empat Musim, Chinese Muslim Restaurant, milik anak Dr Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan Malaysia. Sk dan PI ke sini pada 6 Januari lepas untuk makan malam.
Di luar restoran diletakkan skrin menu. Tepuk dada tanya selera, jika sesuai jemputlah masukkkk.
Sebaik sahaja duduk, staf datang menghantar menu.
Restoran menawarkan masakan china muslim dan mi tarik. Mi Empat Musim mungkin bermaksud ia dihidangkan sepanjang tahun atau lain-lain cara masakan mi mengikut musim di negara asalnya.
Pesanan makanan dan minuman perlu dibuat melalui aplikasi kedai dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di meja.
Ada poster tentang Mi Tarik digantung dalam kedai. Kita buat-buat faham saja la. Penat nak teleng kepala untuk baca, heheh.
Harga minuman murah di sini tapi minuman yang asas sajalah seperti minuman ringan dan teh cina.
Sejuk betul mata duduk dalam restoran apabila melihat payung kertas berwarna-warni dengan pilihan warna pastel digantung menjadi langit-langit restoran.
Beef Patty, RM6.50
Sekian lama Sk nak makan roti daging yang original ni akhirnya dapat. Sedap pulak tu. Intinya penuh, kulitnya rapuh tetapi tidak berderai bila digigit. Ia dipotong empat begini bagi memudahkan kita makan.
Hot Sour Soup, RM14
Mula ingatkan macam Shark Fin Soup perisa sour, tapi pelik kenapa murah. Memanglah murah, sebab bukan ada tulis Shark Fin Soup pun, hihi. Ia macam miso soup, ada potongan tauhu kecil-kecilan cuma tiada rumpai laut. Rasa dia pun sedap dari miso soup.
Ceduk masuk mangkuk kecik. Banyak jugak porsinya, tak habis, kami bawa balik.
Ada tauhu yang dipotong kecik-kecik.
Tunggu mi, snap lagi gambar dalam kedai. Tadi kat sebelah sana ada pelanggan.
Beef Fried Noodle, RM17
Macam tak patut jer RM17, piring dia saiz 6" kot. Lepas tu taugeh aje banyak dari daging. Dia letak taugeh yang kepala besar-besar tu. Rasa mi biasa-biasa aje.
Chopped Chili Beef Noodles, RM17.90
Ni macam okey sikit dari segi porsinya dengan yang goreng tadi. Kalau dari segi rasa, nampaknya tak capai KPI Pak Inche.
PI suka la makan mi-mi sup macam ni berbanding Sk lebih suka yang goreng atau kering.
Banyak betul PI letak chili oil sampai merah dah warna sup dia.
Beef Patty ni betul-betul sedap. Nanti datang lagi nak beli sepuluh! Hahahaha.
Gambar dalam kedai lagi. Ambil spot sini pulak, sebelumnya di sini ada pelanggan. Pelanggannya tak putus datang dan pergi tapi tak penuh. Sentiasa ada meja.
Kedai di Nong Chik Riverside, dekat-dekat dengan Ayam Gepuk Pak Gembus. Sekarang guna waze aje, mesti sampai punya!























Boleh tahan harga mi dia.
ReplyDelete