Assalamualaikum WBT
MALAM kedua Family Gathering @ Laman CaSa Tangkak, kami ke Dapoq Ijan Terbakaq yang terletak di Kampung Pengkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka. Tu dia, tidoq di Johor, makannya di Melaka, haha. Walaupun begitu, ianya cuma mengambil masa perjalanan kira-kira 35 minit sahaja. Ayer Molek ni terletak dalam daerah Jasin. Tapi, kenapa namanya Dapoq Ijan Terbakaq? Sebab ownernya orang Kedah, kata PI.
Dah lama jugak la tau pasal restoran ni tapi tak tahu pulak sistem pesanannya secara layan diri. Kena cari meja siap-siap, nanti masa buat pesanan tu beritahu nombor meja. Pelanggan ramai ya, jadi, kalau tak ada meja kosong tu, pandai-pandailah berebut meja atau cari mana-mana meja yang pelanggannya dah nak habis makan. Tempahan meja cuma boleh dibuat untuk 25 orang atau lebih sahaja. Ni, Iman nak makan sate. Pesan 50 cucuk, bagus eh mereka asingkan buat dua pinggan. Sedap satenya.
Nasib baik Sk dah buat carian siap-siap menu di DIT ni, jadi terus tahu nak makan apa. Menu dia standard kebanyakan restoran yang menjual makanan laut. Mereka juga ada banyak menu set tapi dalam set tu tak semua sesuai dengan masakan yang kami mahu. Jadi, Sk pilih menu ala carte. Ambil sayur kailan.
Boleh pilih nak makan nasi putih atau nasi lemak. Sebungkus RM2, nasi putih sama harga sepinggan RM2 jugak.
Sotong Goreng Tepung is wajib. Sedap, memang suka jenis goreng tepung macam ni, bukan macam jemput-jemput tu. Tapi, kalau cicah dengan sos Thai lagi sedap. SGT ni paling laku la.
Ambil Sotong Telur Masin jugak, sedap. Sotongnya masih rangup-rangup lagi. Sos telur masin sedap, lemak berkrim.
Tak sempat sangat nak ambil gambar semua lauk-pauk. Nasib baik Cikwa rajin ambil gambar.
Semua masakan dari dapoq dah siap, tunggu masakan bakaq-bakaq dia lambat sikit. Tapi macam lambat jugaklah, hampir sejuk dah lauk-lauk yang ada ni menunggu, huhuhu.
Makan dulu laaa. Nasi Lemak dan sayur kailan. Sambal nasi lemak tersorok bawah nasi. Tak banyak la dia letak sambal, kedek, hahaha. Nasinya banyak, makan sebungkus cukup dah.
Sampai dah bakaq-bakaq. Ni, Ikan Siakap Bakar Kosong.
Tak capai KPI kami sebab dia bakar dalam aluminium foil menyebabkan ikannya berwap dan berair. Ikan bakar dekat sini cicah dengan air asam stail Kedah. Kalau stail Melaka atau Johor, cicah kicap bawang cili, perah limau kasturi. Air asam tak kedekut la, bila kita minta extra terus dia hantar satu mangkuk besar, hihi.
Udang Bakar. Udang bakar dia semua buat bakar sambal, tengok dalam menu tak ada bakar kosong.
Anak-anak sedara suka makan kupang, kena order. Kupang pun bakar sambal jugak.
Mintak Ikan Siakap Bakar Sambal jugak. Sambal ikan bakar dia okeylah.
Ketam sambal ni bukan bakar la. Ketamnya alahai, comel-comel. Tu takpa, tak ada isi! Kecewa la. Dahlah kita ni jarang nak order ketam dekat kedai.
Jaika makan nasi putih. Dia suka sangat lauk sotong telur masin tu.
Nasib kami datang awal, terus dapat meja. Orang datang berpusu-pusu macam makan percuma, hihi. Tapi, sekali aje kot kami makan kat sini. Baik pergi restoran ikan bakar macam selalu aje. PI la ni nak sangat makan kat sini, mentanglah orang kampung dia. Nampak jugaklah muka menyesal dia tu, hihi.
Pulak tu, Indah tak join, tunggu dalam kereta sebab sakit perut. Dah tak cukup korum dan abang-abangnya pun macam tak berapa selera. Balik tu, Angah singgah klinik, kena satu cucuk, syukurlah esoknya tu Indah dah okey, dah boleh terjun kolam, hehehe. Semoga sihat-sihat selalu Indah!




















tu dia.. tidur johor makan di melaka, merentas negeri. tengok pada foto menunya best2 menyelerakan ..terutama siakap bakar
ReplyDeleteulau melingkau atas pagau kata orang Melaka yer.. sedapnya ikan bakao hehe :)
ReplyDeleteTengok menu macam sedap2 kak... tapi rasa lak kureng yek... dana tergoda tul tengok sotong celup tepung dia tu... tak suka jenis sotong yg goreng kembong
ReplyDeleteLauk pauk nampak sedap...alaaa..nape dia bakar dalam aluminium foil tu....
ReplyDeleteAkak kupang tu tak pandau kalau di bakar2 ni selalunya rebus tu pun air tak banyak. Lepas tu cicah sambal kicap. Lagi sodap. Satay dia nampak sedap
ReplyDeletetu baru betul sotong celup tepung.. nie selalu order, jadi jemput2 sotong.. hahaha
ReplyDeleteNasi lemak sentiasa jadi pilihan. Meriahnya lauk pauk. Sedapnya.
ReplyDeleteterliur tgk satay tu..menu lain pn nmpk sedap
ReplyDeleteBerarti memang tak jauh dari Johor ke sana ya kak. Dari namanya saya dah tertarik, uniklaaah.
ReplyDeleteTp rasa makanan tetap yg paling penting 😄
Lihat sate macam confident sedap, dan ternyata memang sesuai selera yaa.
Cumi atau sotong goreng tepung, kalau crunchy dah pasti sedap lah itu. Saya sukaaa sangat menu ini. Tapi kalau ada saus telur asin, lebih suka itu lagi 😄😄😍. Seafood yg pakai saus telur asin, memang lah jarang failed.
Tapi sayang sangat yg bakar itu kureeeeng sikit. Memang kalau dibakar dengan aluminium, pasti beruap dia.
Itulah kenapa saya kurang suka pesan kepiting atau ketam.
Dah laah mahal, makan susah, paling kesal kalau tak ada isi 🤣🤣🤣.
Menu biasa nampak sedap-sedap. Tudia, sate 50 cucuk. Dapnya! Bakar dalam aluminium foil, macam bakar di rumah pula. Alhamdulillah, selera makan ramai-ramai.
ReplyDelete