Assalamualaikum WBT
PERMULAAN tahun baharu di tengah-tengah minggu ni macam tak produktif pulak. Orang tahun baharu azam baharu, tapi ni rasa macam masih dalam tahun 2025. Tapi di office, Sk dah tukar semua kalendar 2025, gantikan dengan kalendar 2026. Semoga bila buat surat nanti ingat nak taip tarikh tu letak tahun 2026. Eh, maaf tau, hari tu ada satu entri Sk taip tarikh tahun 1025, hihi. Benda dah post, malas nak edit. Tak silap Cie kot yang tegur, jadi tu nanti kalau Sk edit, jadi keliru pulak, hihi.
Cerita bercampur...
Balik dari Menginap 2H1M di The Lisbon Melaka, tempat wajib singgah tentulah Coconut Shake Alai. Kalau datang sini, mesti terkam nasi lemak daun pisang dia dulu, la. Warung baru buka, masih bersusun nasi lemak dan kuih-muih.
Nasi lemak kat sini dia asingkan sambal, tau. Tu la leceh sikit sebab nak kena keluarkan sambal dari plastik pulak. Sebab tu la Sk ni dalam beg macam-macam tisu ada, tisu roll, tisu basah, tisu kering, hihi.
PI punya air kelapa original, tanpa gula dan ais.
Fuhhhhh.
Kuih-muih banyak hari tu. Selalu datang tak la banyak jenis macam ni. Agaknya selalu-selalu tu, kuih belum sampai kot. Tapi, tu la.. dalam satu pek tu dah banyak kuih, siapa yang nak makan banyak-banyak.
Yang ni boleh ambil satu-satu.
Cara Manis dan Cara Berlauk, Sk pilih Cara Berlauk.
Kalau ada cara berlauk ni memang tak pandang dah kuih lain.
Setimbun kelapa muda.
Sk minum Coconut Shake. Sk berani cakap la CS dia lagi sedap dari yang femes kat Klebang tu.
Nasi lemak, coconut shake dan kuih cara berlauk. Asal datang sini memang ni la yang Sk makan dan minum.
Gerai ni sebelah sahaja dengan SK Alai.
Memang biasanya jika dari Melaka kami akan balik ikut Muar dan lalu Merlimau, singgah sini sekejap.
Teringin wajik sirat. Pulut dia halus betul, Sk suka yang kasar-kasar sikit. Sk sangat suka eh wajik sirat ni, dari kecik suka sangat. Kalau dapat dekat kenduri tu, sepotong kecik aje, katanya budak-budak tak boleh makan banyak, huhu.
Beli dodol. Sk tanya beza dodol ni dengan dodol panas. Penjual tu cakap, kalau akak nak makan dalam kereta, okeylah ambil dodol panas. Tapi kalau akak nak makan dekat rumah, sama aje, baik akak ambil dodol ni. Sedap dodol ni, lembut jer. Makan sorang, dekat seminggu baru habis.
Ni pulak, Mee Kari beli dekat kantin kolej. Pinjam mangkuk sekali.
Kuah kari cedok sendiri. Puas la ambil tauhu pok tu banyak-banyak, hihi. Memang sedap Mee Kari Kak Sab ni. Tak lokek bahan.
Patah balik cerita nasi lemak daun pisang. Ni PI beli kat Taman Ungku Tun Aminah masa balik kerja untuk makan malam.
PI minta buatkan telur lenggang.
Terlanjur tu, Sk goreng telur mata untuk diri sendiri.
Nasi lemak daun pisang, telur lenggang dan telur mata.
Padahal dalam nasi lemak tu dah ada telur rebus separuh.
Nasi lemak lagi.. ni Iman belanja, beli dekat pasar Taman U.
Di alas daun pisang. Ada telur separuh jugak tapi sambalnya sikit no. Ni Sk tak buat telur lenggang atau telur mata tapi Sk masak sambal tumis sikit.
Iman bagi tiga bungkus, PI makan sebungkus jer. Dia beli Mee Mamak masa balik kerja. Lagi sebungkus tu Sk panaskan (kukus) dan buat bekal sarapan kat office.
Kisah lain, beli Mee Kari di Syurga Dessert. Dia pek dalam tipuware macam ni. Besar tau tupperware ni.
Kerang, daun bawang dan bawang goreng diasingkan.
Mee kuning, fish cake, sayur sawi, telur rebus sebelah dan hirisan lada serta kuah kari.
Tuang kuah. Letak condiments yang diasingkan tadi.
Gaul-gaul-gaul.. lepas tu...
Sk teringat, Sk ada bawa telur rebus. Pagi dah makan sebiji, tinggal lagi sebiji. Jadinya, mee kari Sk ada 1 1/2 bii telur, hihi. Burppp... Alhamdulillah.. kenyang.
Amboi PI.. nikmat sgt tu air kelapa... rindu nasik lemak semenanjung... bestnya byk mknn best² tu... mee kari idaman hati... nk buat ke mkn kat kedai eh.. hmm
ReplyDeletemeriahnya makanan! Macam2 ada! Tp yg best sekali mestilah air kelapa segar tu kan!
ReplyDeleteNasi lemak forever ni SK & PI 😁
ReplyDeleteTak apa kalau salah tahun masih ke 2025 kak. Jangan macam presiden sini, saat mengucapkan tahun baru, bisa pula Selamat Datang 2021 dia ucap 🤣🤣🤣🤣. Suka sangat zaman covid agaknya beliau 🥴😑.
ReplyDeleteBeuuughhhhnasi lemaknya semua menggoda yaaa 😍😍😍😍. Memang sukaaa saya. Apalagi kalau sambal pedas. Bungkus daun pula. Wangi nih pasti
Samalah kita, saya kalau ada nasi lemak dan cara berlauk, yg lain tak tengok lagi 🤣. Cukuplah nasi lemak dan cara lauk
SA kan nak buat la pencarian nasi lemak bungkus sedap tahun 2026 ni...mesti suami SA bengang sebab dia tengah diet...hahahaha....punya la banyak nasi lemak kat entry ni..semua sedap ke atau ada yang tertentu je sedap...
ReplyDelete