Assalamualaikum...
PERANCANGAN asalnya Sk mengajak Angah, Cikwa dan Cik Ani berkelah. Ini gara-gara Berhibur Di Pantai, rasa seronok sangat tengok orang berkelah. Lama sangatlah rasa tak berkelah, dah tua-tua ni, teringin pulak nak berkelah di pantai yang indah, hahahahahah. Tapi, dah jadik lain, bila Angah menyewa dua buah homestay di Sedili Kecil, Kota Tinggi. Sk pulak, asalnya tak ada plan untuk bermalam, tapi sebab Pak Inche asyik tanya aje, nak buat bbq tak malam tu? banyak kali.. jadinya, Sk pun join la sekali. Tapi, kami ambil bilik lain la yang comel sikit, hihi.
Nasi Lemak Daun Pisang tempah dengan isteri sepupu Sk.
Tempah sekali epok-epok kentang.
Cik Ani tempah Cream Puff.. gebu betul.
Sk buat cheese tart sehari sebelum pergi tu.. tak terjojol la.. supaya boleh dapat banyak cheese tartnya, hahaha. Crust beli siap dengan kawan bakers.
Masa beli kambing di Mydin, nampak ada promo epal ni, sebiji 10 sen, tapi terhad lima biji sahaja setiap pelanggan. Kami beli lima biji kali dua, hehehe.
Wajib hidang makanan elok-elok dan tegak-tegak. Pak Inche pelik apalah yang dibawa banyak-banyak beg. Bininya siap bawa cerek dan cawan ayan. Cawan tu bawa dua biji aje sebab dah ada cawan plastik. Sekali ibu dengan Pak Inche pun suka jer guna, hurmm.. kalau tau bawa semua. Dah terpaksa kita guna cawan plastik lembik tu, haha.
Gambar kabur la, cahaya tak banyak, padahal terang aje. Ni pun semua gambar dari kamera Cikwa. Sk cari-cari mana la beg aku nak ambil gambar, rupanya disimpan dalam bilik. Terus malas nak ambil gambar. Sayang bulan tak mengambang tapi bersyukurnya kerana cuaca begitu baik sepanjang kami berada di sana walaupun hujan turun lebat semasa keluar rumah.
Iman dan Cikwa.. masa ni acara makan belum bermula. Eh, ada pulut kuning dan rendang juga yang dimasak Angah. Jap, apasal ada cili gentayangan kat situ???
Indah, Izzat dan ibu mereka, Angah.. geng makan.
Ibu sedang menikmati nasi lemak dan bbq. Ni lah homestay yang Angah tempah, sebelah aje dengan laut tapi InsyaAllah, masih selamat walaupun air pasang sebab air pasang sampai kat tebing aje.
Makan.. makan.. makan!
Che Li beli Lokching 100 cucuk.
Sebelum zzzzzz.
Pemandangan dari homestay. Jom terjun laut!
Boleh mandi tanpa rasa bimbang sebab tak ramai orang dan laut tidak bergelora kerana kedudukan pantai dalam kawasan berteluk.
Homestay ni agak terpencil, masuk pun ikut celah rumah orang. Ini salah satu jenis chalet yang ada di sini.
Kekurangannya.. tak banyak pokok untuk berteduh.
Bentang tikar, makan nasi dagang. Sedili ni ala-ala Pantai Timur tau makanannya.
Eh, tak kenyang lagi, balun pulak nasi lemak sebungkus, hahaha.
Siap-siap kemas semua, nak balik dahhhh.. entah bila nak datang lagi? Tak larat la datang selalu, jauhhhh dan penat nak buat persediaan, hahaha.
InsyaAllah.. nanti kami datang lagi.. tahun 2022 kot, Semoga masih ada peluang untuk berkumpul dan bercuti bersama... Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
seronok kan... meriah dapat kumpul ramai2 camni..
ReplyDeletepastu dapt plak buat BBQ...
Geramnya tengok udang dengan sotong tu!
ReplyDeletewehoooo..bestnya... bab makan tu yang paling utama .hahhahahaa..
ReplyDeleteSeronoknya SK. Lama dah tak jumpa ipar duai berBBQ gini. Nak pegi sekarang anak pulak nak masuk asrama. Mcm x best pulak kalau x cukup quorum
ReplyDeletebanyaknya makanan sedap sedap...
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beriadah
ReplyDeletewahh meriahnyer uoolss., ;p
ReplyDeleteSeronoknya SK....apa kata ajak kami geng- geng blogger ni ke sana..mesti best...hahahahha
ReplyDelete