BERHIBUR DI PANTAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...


BALIK dari makan di Leban Condong, kami singgah di Pantai Hiburan, Rompin. Cantik sangat Pantai Hiburan ni yang diteduhi dengan pohon-pohon cemara. Terus nak nyanyi lagu Exist, Rahsia Pohon Cemara 😍. Tapi, Iman kata, ni pokok rhu. Rhu ke.. cemara ni? 😆


Cari lokasi nak bertenggek, kebetulan ada satu family dah siap nak balik. Jadi, dapatlah kami duduk di batang pokok yang tumbang sambil makan pelam cicah asam. Luas kawasan pantai ni dan sangat bersih. Pantai dan kawasannya memang sungguh terjaga.


 Belakang Sk ni ada kedai makan dengan pondok-pondok untuk dine in. Di sebelah kiri Sk, ada komplek kecil, kurang periksa kemudahan di sediakan sebab agak jauh dari tempat kami parkir ni.


Kemudian kami ke Pantai Air Papan, Mersing, pulak. Teringat dulu arwah abah bawa bas rombongan Cik Kiah ke Pantai Air Papan. Nostalgia sungguh. 


Kali ni kami turun ke pantai. Dah lama tak main ombak, gayat pulak rasa melayang dan bumi berpusing. 


Rindu sangat nak bercuti dan berkhemah di pantai. Baring-baring tunggu orang bbq, lepas tu bangun makan, sambung baring, makan, baring ditiup angin laut, bangun, makan lagi dan lagi.

😜😜😜






Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhhh bestnyaa pantaiiiii ... rinduuu nak main air laut haihh . tunggulaa cuti lama sikit nak terjah pantai memana hee

    ReplyDelete
  2. Waaahhh bercanda dipasiran pantai ya...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pantai..Subahanallah..indahnya ciptaan Allah

    ReplyDelete
  4. Seronok kalau dapat jalan dipesisir pantai ni.

    ReplyDelete
  5. PH pun dah pernah sampai ke sini SK!
    Pantai luas dan bersihkan...

    ReplyDelete
  6. rhu eh? kite x resti nk bezakan pokok semua nmpk sama je hahaha

    ReplyDelete
  7. Syioknya berpantai-pantai..Suka dak Omey tu dapat berlarian di gigi ombak..
    🎼🎼🎼🎼
    Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta,
    Bulan tersenyum dan bersinar,
    Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu,
    Meraikan suasana indah,
    Di sini ku berjanji disaksi rembulan,
    Andainya ku pergi dulu, Jikalau ku pergi dulu,
    Ku nantimu di pintu syurga🎶🎵

    ReplyDelete
  8. aaaaaa bestnyeeee... ini yang kita mahukan kalau boleh setiap hari nak ke pantai . hehehhe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!