Assalamualaikum WBT
CUACA panas beberapa hari ni terasa sungguh mencabar. Walaupun begitu, syukur juga, semalam ambil kesempatan untuk turunkan langsir dan cuci. Langsir siang Sk tukar dengan yang baharu kerana langsir lama tidak lagi kelihatan elok. Lama dah beli langsirnya di Romantika, itupun cuma tukar langsir siang. Puas cari langsir dengan jahitan French Pleat tapi tak ada warna yang masuk dengan tema warna dalam rumah 😆 jadi kita guna sajalah langsir lama.
Sejak khamis, Sk dah buat tempahan meja untuk berbuka di Miss Siam Restaurant yang baru membuka cawangan baharu di Eco Botanic. Minggu-minggu akhir ni, tak ada mood nak masak-masak. Kita nak simpan tenaga untuk masak rendang dan sambal kacang raya bagi hidangan raya nanti. Tahun ini raya pertama di Johor, kami adik-beradik sepakat untuk menyediakan makanan secara potluck.
Istimewa Ramadhan ada Ramadan Feast Special Set di Miss Siam. Sk pilih Set A untuk empat orang makan. Set ini mengandungi Signature Tomyam, Ulam Thai, Tamarind Tiger Prawn, Stir Fried Beef, Ice Cream (4 pax), Jug of Ice Tea dan Rice (4 pax).
Kailan with Oyster Sauce, RM9.90. Tambah sayur sebab dalam set yang kami pilih tiada sayur cuma Ulam Thai. Cuma ada dua menu sayur sahaja dalam menu iaitu Kailan dan Mix Vege.
Terdapat dua pilihan Ice Tea sama ada Thai Milk Tea atau Thai Green Tea. Jug dia besar betul dan sangat sedap tehnya. Jika tak habis minum, boleh take away, nanti dia seal cup kita dan bagi straw lain. Memang tak boleh habis pun sebab banyak sangat, enam orang pun cukup nak minum satu jug ni.
Ruang dalam restoran tidak menempatkan banyak meja namun terdapat ruang makan di luar restoran juga. Mujurlah Sk buat tempahan awal, dapat la makan dalam suasana berhawa dingin. Rugi rasa bayar mahal kalau kena makan kat luar, huhu.
Terkesima seketika bila dulang ini diletakkan di meja. Tak sangka ia dihidangkan sama betul macam dalam gambar. Ingatkan dulang tu cuma illustrasi penggambaran sahaja.
Ulam Thai dihidangkan bersama Sambal Belacan Cili Picit.. ingatkan yang hijau muda tu mangga rupanya terung, sedap. Telur dadar pun ada dalam set ni.
Tamarind Tiger Prawn, besar-besar udang enam ekor semuanya.
Signature Tomyam, tak mengelat langsung ya. Tak ada sampah cuma udang dan sotong. Tomyam sedap tidak mengecewakan tapi tidak boleh menandingi sup tomyam di Amphawa atau Carabao Restaurant.
Stir Fried Beef, sedap dan lembut, banyak dagingnya. Udang dan daging tak habis, kami minta mangkuk dan tapau sendiri dengan nasi putih extra. Nanti nak buat nasi goreng boleh campak daging ni.
Coconut Ice Cream sangat creamy ya.. presentation dorang memang mantap giler! Staf mereka pun baik dan rajin malah Sk boleh rasa sejak buat tempahan lagi staf mereka sangat membantu. Macam ni baru tak kisah kalau kena bayar 6% service tax.
Tukang bayar ambil dua ais krim.. hurmmm. Jumlah semua semalam RM148.20 termasuk caj perkhidmatan. Okeylah tu, hari-hari dah buka kat hotel kan. Niari nak berbuka di rumah MB Johor pulak.. goyang kaki lagilah Sk nampaknya 😆😆😆.
Syukurrrr.. Alhamdulillah 🌹
Bagus SK, sudah basuh langsir.
ReplyDeleteTakpe bayar mahal, kalau makanan sedap. Puas hati makan. Besarnya jag teh ais dia.
Persembahan makanan cantik.
ReplyDeleteHehe bagus lebihan makanan dan minuman bawa balik.
Tengok pun dah tau sedap..apa lagi kalau makanðŸ¤
ReplyDeleteterung tu saya suka..buat ulam mentah sedap.Campur dalam asam pedas @ kari pun sedap..isi dia creamy dan manis(manis dlcara sayur la)
Nak ikut buka puasa di rumah MB Johor!
ReplyDeletemenarik setnya..thai milk tea tu haus trus hehe...coconut ice cream tu sedapnya
ReplyDeleteMata SA terpaut pada tomyam tu..nampak sedap dah di mata SA..tapi SK cakap x leh tanding tempat lain tu kan...beef tu pun menggiurkan....mouth watering dibuatnya
ReplyDelete