Assalamualaikum...
SEAWAL 12 tengahari, beberapa kali Sk mengingatkan Iman agar jangan lupa memesan Nasi Ayam Penyet yang hampir setiap minggu dia akan buat pesanan secara online. Kalau nak tahu, dalam taman perumahan Sk ni, macam-macam makanan ada jual, dari makanan berat, minuman, jajan-jajan, dessert, macam-macamlah. Jadi, memandangkan Sk sedang BDR, takkanlah nak sibuk di dapur pulak, kan. Lainlah sepanjang PKP sehingga PKPB fasa yang lepas, masa tu memang tiada istilah BDR selain membesarkan badan sahaja, ahaha. Fikirnya apa nak makan.. apa nak makan.. sebab memang tak ada buat apa bila arahan PKP dan kami tidak dibenarkan ke pejabat serta merta.
Gambar dari fb penjual Nasi Ayam Penyet kegemaran Iman. Lupa betul nak snap pic nya tadi sebab teruja tengok ayam suku bahagian terdampar atas nasi yang diletakkan dalam polisterin empat segi besar. Selain ayam, penjual tidak lokek meletakkan ulam raja, kacang panjang, timun dan kubis sebagai ulaman dengan sepotong tempe dan timun. Tapi, sambalnya tidak boleh lawan sambal ayam penyet Pak Ri, tapi harganya memang berbaloi, cuma RM7 dengan caj penghantaran RM1 sahaja.
Habis tugasan BDR dan menghantar laporan tugasan untuk hari ini, Sk terus ke pasaraya Hosey yang berdekatan rumah untuk restock beberapa bahan masakan. Itu untuk masak, yang untuk perut ni pulak, kena layankan jugak. Mak Sk kata, tekak berlubang, walau dah kenyang makan nasi tapi nak makan benda lain. Takoyaki, Popiah Vietnam dan AYam Korea dijinjing sama-sama dengan barang runcit, kahhhh.
Masakan Sk untuk hari pertama PKPB 2.0 Negeri Johor
Sayur Kubis Goreng.. kalau ibu Sk dulu, selalu rajin pecahkan telur dalam sayur kubis, mungkin dengan cara tu akan buat sayur tu jadi banyak, maklumlah, kami bertujuh beranak. Tapi sayur secoet ni, Sk yang tukang perabih, hurmmm.
Sambal Tumis Ayam.
Sk baru restock dua tipuware ikea yang tinggi tu cili kering dan bawang kisar. Maknanya lepas ni memang bergilirlah menu sambal dan asam pedas. PKPB ni katanya dah tak boleh makan lebih berdua satu meja, maknanya kenalah rajin memasak hari-hari, huhu.
Walaupun PKPB, pasar malam masih dibenarkan.. ni Pak Inche singgah pasar malam la.. dah tahu kita memasak di rumah, dibelinya kambing ni dua ketul, melayang doploh hengget. Embekkkkkk! Seketul makan, seketul simpan untuk makan esok, hehehe.
Puas hati betullah nasi ayam penyet dgn lauk suku bahagian ayam terdampar atas nasi. Anak saya ada sorang hantu nasi ayam penyet. Kalau makan di luar, menu itu jugalahbyang dicarinya.
ReplyDeleteYa Allah... muainya nasi ayam penyet dia. macam portion untuk dua orang jer.
ReplyDeletePerghhh bab kambing tu, boleh ek simpan-simpan, kalau kita Kak, dah depan mata, sekali jalan licinn hahahahaha...
ReplyDeleteTeringin nak makan VR tu...sedapnyaaa...
susah nak say NO dekat takoyaki ni sbb sedap.. sama mcm susah nak say No dekat korean chicken tu hehehe
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam penyet.. Kambing tu apatah lagi.... Embekkkk
ReplyDelete