ASAM PEDAS IKAN MERAH GARA-GARA RHYS WILLIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

DUA malam lepas, tonton rancangan Mat Saleh Cari Makan ke apa tajuknya di siaran Naura, nampak Rhys William jalan-jalan cari makan ke Melaka. Mula-mula tu, Rhys pergi ke sebuah medan selera untuk minum petang. Adalah kuih keria la, coconut shake la, yang menjadi identiti Negeri Hang Tuah.

Malam tu, Rhys berkunjung pula ke Medan Selera di tempat lain pula. Kali ini, Rhys menikmati Asam Pedas pula. Ada Asam Pedas Tetel, Asam Pedas Ikan dan Asam Pedas Telur Ikan. Fuhhhh.. menitis ailio terus, lama dah tak makan asam pedas. Terus cakap dengan Pak Inche, esok (semalam) nak masak asam pedas. PI kata, nak ada ikan goyeng.. berehhhhh!


Nahhh.. kuah asam pedas mendidih-didih dalam kuali. Iman pesan, buat kuah banyak, sebab nak bawa bekal, kan. Nanti tak cukup pulak kuah nak siram kat nasi. Dengan Sk sekali la bawa bekal hari ni. 


Bahagian ekor ni untuk dua beranak tu. Tapi sebab dah ada ikan goreng, ekor yang secoet ni pun tak habis. Sk ler yang menghabiskannya. Kita suka jer.


Dulu, tak pandai makan kepala ikan, sekarang terpaksa memandaikan diri, kalau tak, siapa pun tak pandang. Syok rupanya makan kepala ikan ni 😂


Goreng ikan dua keping. Tebal pulak orang pasar ni memotong. Jadi besarlah ikannnya dan tak habis, nasib baik ada Ponti dan Cik Lang yang suka makan ikan. Yang lain memang tahu makan biskut aje.


Ulam bawang putih. Bila nasi dah kering, campak aje bawang putih atas nasi, biar ia 'warm' sama-sama. Sedap tau, rasa macam ubi. Bagus untuk mencegah keradangan katanya. Tapi elok lagi la kalau mampu makan bawang putih mentah-mentah.

Syukur.. Alhamdulillah ❤️









Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Suami ammi kalau masak asam pedas mmg dia lebihkan kuah..pekat likat. esoknya dia beli roti canai buat cicah.

    ReplyDelete
  2. Feveret uncle ni... ! Nak2 kalau pekat

    ReplyDelete
  3. SA pun sama..bawang putih letak dalam nasi masa nasi dah nak masak...sedap...cuma x leh nak makan kalau mentah- mentah...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya asam pedas dia!
    Kita pun suka campak bawang putih atas nasi, kena wap masaklah dia. Boleh buat ulam. Tapi kita campat tak berkupas ....ahahahaaa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!