Assalamualaikum...
LONG WEEKEND nampaknya minggu ini apabila cuti sempena perayaan deepavali jatuh pada hari khamis yang bersambung dengan cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu. Jadinya, Sk minta Pak Inche ambil cuti pada Jumaat dan Iman ambil cuti pada Sabtu supaya kami boleh naik ke utara.
Pak Inche memandu dari rumah dan kami singgah makan malam di RNR Machap. Masing-masing makan nasi putih dengan kari kambing. Sk cakap dengan Pak Inche, Sk tak larat nak bawa kereta sebab biasanya Sk akan memandu dari JB hingga Melaka. Tapi, sebaliknya semalam, baru masuk Melaka, Sk dah belayar 😅
Sedar-sedar dah sampai Shah Alam. Sampai Restoran Jejantas Sungai Buloh, Sk suruh Pak Inche pulak rehat dan Sk memandu sampai Bidor. Macam biasa, kita check in Hotel Bajet, ambil bilik family aje.
Sekarang tengah mengesot-ngesot menuju ke utara. Seronoknyaaaaa laaaa ngadap jem, hahahahah.. hahahaha.
Hati-hati di jalan raya SK.
ReplyDeleteKirim salam orang Kedah :D
Selamat bercuti dan jjcm
ReplyDeletemengesot-ngesot? bila nak sampai tu?
ReplyDelete:D