Assalamualaikum wbt
Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba...
Marhaban Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan... Marhaban Ya Ramadhan....
Selain dari bisikan Yusuf Taiyooobbb.. irama lagu di atas pastinya sinonim dengan kehadiran bulan Ramadhan. Ia akan kedengaran di corong radio setiap hari di awal Ramadhan menjadi halwa telinga dan seperti tidak pernah jemu didengar.
Dan.. seiring dengan kehadiran bulan Ramadhan, pasti ada antara anda yang merancang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan atau keluarga. Bagi syarikat korporat, inilah juga masanya untuk meraikan staf yang selama ini bertungkus-lumus bekerja. Setahun sekali bos belanja staf berbuka puasa secara buffet, ia pasti akan menjadi sebutan dan dikenang sepanjang zaman, ahaks!
Ramadhan ini, apa kata, kita ke Thistle Johor Bahru, yang menyediakan juadah berbuka puasa ala buffet dengan tema Arabian Nights Buffet Dinner yang pastinya dimeriahkan dengan pelbagai hidangan masakan tempatan dan Timur Tengah.. Ya Habibi...
Antara menu yang diketengahkan adalah Kibas Panggang 30 Hari, Daging Panggang Rusuk Barbeku, Sup Gearbox, Lebanese Chicken Smoked Biryani Rice, Gulai Kawah Daging Salai dan Pisang Muda, Mee Goreng Kawah, Turkish Ice Cream Stall, Ikan Bakar Sungai Chat, Putu Piring Stall, Fresh Durian Kampung Stall, Cendol Pulut & Cendol Durian, Durian Goreng, Air Balang Teh Bunga Kekwa dan Air Balang Katira Johor.
Bagi peminat Nasi Biryani, Lebanese Chicken Smoked Biryani Rice ini pastinya menjadi pilihan utama selepas menjamah kurma. Menggunakan beras yang istimewa, hidangan ini dimasak mengikut cara Timur Tengah dengan ayam yang dipanggang bersama rempah ratus terpilih dan segar.
Penggemar Seafood On Ice pasti sukakannya dengan pilihan udang, mussel dan slipper lobster, buffet pilihan anda pastinya berbaloi-baloi.
Nikmati Nasi Kawah bersama Ikan Siakap Tiga Rasa (atas) dan Kacang Buncis Goreng bersama Tempe. Suka sangat masakan ikan tiga rasa tu. Ikan digoreng dan disirami sos masam manis pedas yang sangat sedap.
Tidak lengkap menikmati nasi kawah tanpa sambal sebagai pembuka selera. Sambal belacan pedas.. baru power!
Jangan lupa ulam-ulaman dan ikan masinnya. Tekak melayu, mesti nak cari nasi juga masa berbuka puasa, hihi.
Sungguh lunak paru goreng dan hati ayam goreng seperti sedang menikmati hidangan nasi padang. Paru dia garing tapi tak keras, lembut jer dikunyah.
Aneka Makanan Laut Masak Lemak Cili Padi.. ni pun sedapppp.
Pajeri Nanas
Bulan puasa dan Ayam Percik, berpisah tiada.
Madras Butter Chicken.. haaa.. ni pun sedap makan dengan nasi biryani tu.
Shell Out!
Rambang mata memilih pelbagai jenis kerabu.
Pelbagai jeruk dan asam.
Kuih tradisi.. ini rahsia wajah berseri-seri.
Sunnah berbuka puasa dengan kurma.
Tapai Pulut dan Tapai Ubi serta Pulut Serunding. Semuanya sedap.
Tart Buah-buahan dan pelbagai pilihan pencuci mulut.
Kek Keju
Pelbagai jenis cucur.
Aduh.. tak boleh move on dengan Durian Gorengnya.. melelehhhh.
Jangan lepaskan peluang menikmati Sup Utara dan Gearbox.
Pelbagai pilihan beverages sejuk dan panas.
Peminat durianssss sila rapattttt!
Seperti tahun lepas, Thistle Johor Bahru masih lagi mengekalkan penampilan pengacara yang mencuit hati, Embun JB dan gesekan biola 'The Stylo Violinist Malaysia', Aqmal Daniel Hashim juga persembahan Live Band dari Morning Glory.
🌠ARABIAN NIGHTS BUFFET DINNERðŸŒ
3 April - 2 May 2022 | 6.30pm - 10.00pm
🌟EARLY BIRD VOUCHERS🌟
(Purchase before 2 April 2022)
RM108 nett per adult
RM58 nett per child (6 - 12 years old) or senior citizen (60 and above)
NORMAL PRICE
RM128 nett per adult
RM68 nett per child (6 - 12 years old) or senior citizen (60 and above)
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
📞 07-222 9234 / 07-267 8999
📱 https://wa.me/60127892092
#ThistleJohorBahru #resortinthecity #arabiannights #buffetdinner #earlybird
Tengok gambar hidangan arabian night ini.... rasa kenyang pula!
ReplyDeleteSedap-sedap semuanya.
uih..ada doyan ler.
ReplyDeleteAmmi sekarang ni kalau buka makan sikit je. Dah mmg tak boleh nak "layan" buffet. Ingatkan ammi je si suami pun sama. Sudahnya lebih selesa buka dirumah pastu buat yang sepatutnya
ReplyDeleteNak pindah johor la...banyak jemputan ramadhan review..KL xdo..ada la...tapi selected bloggers je dapat kot...pelik SA dah lama x dapat jemputan ni...takde rezeki agaknya..hahaha
ReplyDelete