SALMON GORENG TEPUNG ALA SUSHI KING

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali shopping barang dapur, tangan ni mesti saja nak ambil salmon, padahal, tak dimasak-masak pun. Kot laaa, ada hari rajin nak panggang kononnya. Konon laaa. Ada sekali tu, nampak salmon ada potongan 50 peratus. Iman cadangkan buat macam Salmon Fish Skin kat Sushi King. Terus capai dua pek.. dah berkurun simpan baru buat. Bak kata, Mak Cella, dah jadi fossil, hihi.


Nak tulis tajuk Salmon Fish Skin, takutlah pulak kalau Sushi King dah patternkan menu tu. Kang tak pasal-pasal kena saman pulak dengan Sushi King, hahaha. Bak kata, Shila Amzah, kos saman, turun naik mahkamah, boleh beli sebuah rumah. Jadi, kita tulislah tajuk, Salmon Goreng Tepung.

Salmon Goreng Tepung ni, Sk cuma guna tepung bestari aje. Sejak dah ada tepung bestari ni, Sk pun dah jadi bijak bestari. Cukup guna dia aje, apa saja yang perlu celup tepung, memang dah tak la nak bubuh tepung itu tepung ini. Dah ada yang mudah, buat apa nak susah-susah?

Salmon Goreng Tepung

Bahan-bahan :

Minyak masak secukupnya untuk goreng tenggelam
2 keping ikan salmon dihiris nipis
Sebiji telur dipukul guna garfu
Tepung bestari secukupnya

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak secukupnya untuk goreng tenggelam.

2. Celupkan ikan dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung bestari.

3. Celup semula ikan dalam telur, dan salutkan lagi dengan tepung bestari.

4. Terus masukkan ikan sekeping-sekeping dalam minyak panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Toskan.

5. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Ada dua ketul lagi salmon, nanti kalau rajin nak buat lagi, hihi.






Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahu takpe kak SK, sejak ada tepung bestari. Semua benda nak digoreng dengan tepung bestari. Senang kerja dan sedap pun sedap. Marilah sama sama jadi bijak bestari :)

    ReplyDelete
  2. Kak, dah goreng, tumis plak halia, letak sos ikan, sedapnyaaaaa...

    ReplyDelete
  3. menarik ni.. x terfikir pulak buat menu ni... selalu nk grillkan aje

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!