Assalamualaikum wbt
TENGAHARI tadi, Sk memenuhi jemputan kawan Pak Inche yang kami panggil King sempena Majlis Perkahwinan putera beliau, Haziq dan pasangannya, Atiqah, yang diadakan di Bizmillah Wedding Hall, Eco Palladium, Ecoflora. Disebabkan hari ini merupakan hari bekerja, jadi Pak Inche dan Iman datang jemput di pejabat. Janjinya nak datang pukul 12.. tapi janji jer laaa... Dekat pukul 1 baru sampai. Bagus jugak la sebab ngam dengan waktu rehat tengahari.
Ingatkan sama dewan dengan Majlis Perkahwinan Anak Sis Lin, Yana, tuari, rupanya dewan lain. Kali ini kami ke Dewan Platinum, tak ingat anak Lin hari tu dewan apa, namanya. Apapun, memang kagumlah dengan pencapaian Mila Jirin sekarang. Siapa sangka dari cuma gadis biasa sebelum memasuki Akademi Fantasia dulu, kini Mila merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Ada pilihan nasi putih bagi mereka yang tak mahu makan beriyani. Sh haruslahhhh makan nasi beriyani. Alhamdulillah, masakannya tidak mengecewakan.
Semoga Allah memberkahimu dan juga memberkahi isterimu serta mengumpulkan kalian berdua, Haziq & Atiqah pada kebaikan. Aamiin.
ReplyDeleterezeki tu dapat makan nasi myk hari bekerja ehehe...
ReplyDeleteSelmat pengantin baru Haziq & Atikah....seronok tengok orang kawen..seronok gak pi kenduri kawen..lama x pi...
ReplyDeleteWaaa sedapnyaa, teringat-ingat kita Kak..
ReplyDeleteDewan anak Lin Ariz Kak.. dewan paling kecil hehehehe..platinum ni dewan kedua terbesar.. Grand paling besar..
Kagum dengan kejayaan Mila, maju bisnes dia sekarang. Banyak cawangan jugak kan bizmillah ni. Rindu makanan kenduri kahwin. Sejak covid ni lansung tak pergi mana mana kenduri kahwin lagi.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru untuk mereka. Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...