Assalamualaikum wbt
MINGGU ini minggu terakhir sebelum berpuasa minggu depan. Dah beberapa hari asyik teringat Lontong Kering My Mom's Kitchen atau Kedai Pajak ni. Fidah yang gelar Kedai Pajak, sebab hari-hari makan kat sini, dulu. Dialah, yang hari-hari makan sini, Sk kan diet, hahaha.
Hari ni agak sibuk jugak. Sampai pejabat dalam 7.40, lepas punch card terus pandu keluar menuju ke Kampung Melayu Majidee, kira-kira 7 minit perjalanan dengan kereta. Kalau jalan kaki, belum cuba lagi, hehe. Hati berbelah-bagi, nak makan atau bungkus. Sebab banyak meja kosong dan orang pun tak ramai, ambil keputusan untuk makan terus di situ walaupun seorang diri, no hal!
Tujuh ketul nasi impit (lontong daun pisang) Sk ambil. Mula ambil lima, pas tu tambah satu, eh, rasa sikit ambil lagi seketul. Pinggan tu besar sangat, jadi, bila letak enam biji pun masih rasa sikit. Letak tujuh pun masih rasa sikit, nasib baik cepat-cepat istighfar.
Cedok sambal kacang sesenduk kecil, serunding sesenduk kecil dan Rendang Daging sesenduk. Ambil sayur goreng sesenduk, sambal tumis sesudu. Rendangnya panas-panas baru angkat dari kuali agaknya. Ialah, Sk sampai tu, belum pukul 8.
Cari-cari sambal kicap tak ada, rupanya staf dia baru nak tuang masuk botol sebelum diagihkan ke meja-meja. Tuang sambal kicap, dua tiga sudu, aduhhhh.. ya ampunnn.. Memang puas la makan Lontong Kering kat sini sebab semua senduk sendiri ikut citarasa nak letak apa, banyak mana. Dah macam raya pulak rasanya. Nanti nak makan yang ada kuah lodeh pulak la ya. Baru betul raya, hahaha.
Syukur Alhamdulillah.
Mimggu ni nak lepaskan gian nak pi makan kat Rumah Mas sebelum pose, nak bedal gak Lontong Kering dan Daging Harimau Menangis huhuhu
ReplyDeleteSedapnya. Teringat masa kerja di Damansara Perdana. Pagi2 singgah di Kampung Sungai Penchala. Kat situ dulu ada warung yang jual lontong macam ni. Lontong kering rupanya nama. Sebabkan perangai KA ni kalau suka makan benda tu, KA akan ulang tiap2 hari sampai KA puas. Selalunya makan bulan juga nak beralih selera. :P
ReplyDeleteNampak sedap...SA x pernah makan lagi,..memandangkan lontong pun tak makan...x tau la lontong kering ni leh makan ke x
ReplyDelete