NASI AYAM YANG MUDAH TAPI SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

BUNTU nak masak apa untuk makan malam semalam. Pak Inche tanya, nak masak ayam ke? Tapi masalahnya, nak masak apa, ayam tu? Sambal dah.. lemak cili api dah.. kari dah.. kurma dah. Iman kata, masak nasi ayam la. Sebiji cili pun tak ada kat rumah. Jadi, sebab ada rasa rajin sikit nak masak, Sk keluar ke kedai semata nak beli cili. Hurmm.. dah terlanjur tu, kita belilah aksesori lain bagi memeriahkan nasi ayam. 

Beli timun sebiji, 90 sen ko.. bukan besar pun timunnya. Beli cili RM2/7 biji. Salad ambik sepokok dalam RM4+. Tapi sebenarnya, masuk-masuk kedai nampak kerang kemahen lawo, sotong kemahen hensem, masuk plastik la sotong lima ekor kena RM30, kerang RM11. Iman kata, beli panadol sebab stok panadol untuk kecemasan dah habis, beli sepapan. Gedebak gedebuk bajet yang asalnya cuma RM3 nak beli cili, dah jadi RM56 😅. Nasib boleh buat tuntutan semula 😆


Ayam memang stok sedia ada dalam peti ais yang telah siap potong. Biasa, kalau nak masak nasi ayam, Sk potong empat aje ayamnya. Cara Sk masak nasi ayam senang jer. Panaskan air secukupnya dalam periuk hingga hampir mendidih, masukkan sebuku halia dan ayam. Didihkan selama 20 minit.

Sementara menunggu ayam empuk, sediakan kicap ayam. Dalam mangkuk, masukkan 5 sudu kicap soya cair, 2 sudu kicap pekat dan 2 sudu minyak bijan, kacau hingga sebati.

Cukup 20 minit, tutup api dan keluarkan ayam dari periuk. Rendam ayam dengan air berais kira-kira 15 minit. Kemudian, toskan airnya dan tuangkan kicap ayam tadi, ratakan pada ayam dan masukkan dalam bekas bertutup.


Untuk nasi, Sk masak seperti masak nasi putih, tanpa menumis. Cuma beras biasa, air rebusan ayam sama mengikut sukatan beras, 1 sudu serbuk pati ayam, sedikit garam dan rempah empat sekawan. Bila nasi hampir kering, Sk campak aje sepokok daun bawang. Biar sehingga nasi kering.


Lebihan air rebusan ayam tadi, Sk didihkan semula dan cuma tambah garam dan masukkan bahagian bawah pokok daun bawang. Dah siap!


Hehehe.. semua gambar dari periuk sebab dah tak larat. Fikir nanti lepas ceduk masuk mangkuk terus santap jer. Untuk sambal nasi ayam kali ni, Sk tak masukkan bawang putih tapi ganti dengan halia. Kisar halus 7 biji cili merah dan seinci halia, masuk dalam periuk. Tambah air dalam setengah cawan, didihkan. Masukkan setengah sudu kecil garam dan gula 1 1/2 sudu besar serta 2 sudu cuka. Masak hingga mendidih kemudian tutup api.

Rasanya tahun 2022 ni dah dua kali masak Nasi Ayam. Nasi ayam ni kegemaran Pak Inche tapi dia gemar yang Sk masak laaa.. masak sendiri puas makan, kan. Kalau makan kat kedai ada aje tak kena. Nasi kering la, ayam keciklah, sambal sikitlah, kicap masin la, sup tawar laaa.. 😜

Syukur.. Alhamdulillah.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ahad ni nak buat nasi ayam laa...tp anak dara tu dah warn plak no more lauk ayam sampai bulan puasa...

    ReplyDelete
  2. dah lama mengidam nasi ayam, esp yg Hainan punya tp x de kedai yg jual di pekan ni.

    ReplyDelete
  3. Kita tak pernah jemu ngadap nasi ayam. Tiba-tiba Tintin nak makan!

    ReplyDelete
  4. Nasi ayam masak simple simple pun sedap. Tak payah fikir lauk lain dah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!