MAKAN KENDURI DI THE JAWS CROWN KEMPAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

CEPAT sungguh masa berlalu hari ini. Tengok-tengok jam, dah pukul 11 pagi. Dalam hati teringat, alamak, lagi 30 minit dah kena pergi kantin ni. Kalau lambat, nanti berebut dengan pelajar. Kemudian, tengok lagi sekali jam dah dekat pukul 12. Terus buru-buru ke kantin keluar ikut pintu belakang. Pakai selipar jamban tandas jer, sebab kasut ada kat pintu depan. Selipar tandas pun masih baru, yang kelakar, boleh pulak la sedondon dengan tudung, hahaha.

Kisah semalam, setelah beberapa kali tak dapat makan nasi kenduri yang sebenar-benarnya punya kenduri, semalam akhirnya dapatlah jugak makan nasi kenduri orang kahwin. Tu pun hampirrrrrrr saja tak pergi bila mana, Pak Inche dapat panggilan pulau telefon sebaik sahaja lepas bersarapan. Pukul 1.15 tengahrai, Pak Inche hantar whatsapp beritahu tak sempat pergi kenduri, dia suruh Sk pergi berdua dengan Iman jer. Lagipun kendurinya dekat JB jugak, cuma bapak pengantin tu kawan Pak Inche.

Walaupun begitu, kawan Pak Inche pun kawan Mak Inche jugaklah, kan. Bapak pengantin yang Sk panggil Abang Zain ni jurugambar akhbar yang telah bersara. Nama jer bersara, tengok rupa macam masih belia lagi tau. Tu belum tengok isterinya, Kak Mas, macam baru 30-an, padahal dah ada dua menantu.

Pengalaman paling kelakar zaman Sk jadi stringer dulu, ada sekali tu, Sk diberi tugasan menemubual ibubapa seorang pendaki Gunung Everest yang tinggal di Kampung Melayu Majidee. Setelah mendapatkan alamat tempat tinggal keluarganya, Sk pergi bersama Abang Zain yang menjadi jurugambar. Sampai-sampai depan rumah, sunyi jer, tingkap semua bertutup, sedangkan Sk dah buat temujanji. Sk pun keluar dari kereta, bagi salam tapi tak ada jawapan. Masuk kereta balik...

Abang Zain : Betul ke rumah dia? Macam tak ada orang aje.

Sk : Betullah... (Dalam hati curiga juga sebab rumah tu macam rumah sewa orang bujang. Zaman tu pulak, belum ada handphone. Kalau nak buat panggilan temujanji, telefon guna telefon pejabat)

Abang Zain : Cuba kau 'check' balik alamat dia.

Sk pun selak buku nota, dan terus ketawa terbahak-bahak tak boleh nak kawal dah. Rupanya, salah lorong daaaaaaa. Nombor rumah sama, tapi lorong lain, hahahaha.

Sampai dah lokasi kenduri iaitu di The Jaws Crown Kempas. Haaaa.. ni pun sikit lagi salah tempat. Kisahnya Pak Inche cuma sampaikan jemputan secara cakap mulut. Dia sebut, Jaws. Sk dan Iman mati-matilah ingat The Jaws Restaurant Danga Bay. Dah masuk lebuhraya tu, Sk doa-doalah dengan Iman, mintak-mintak senang dapat 'parking'. Lepas tu terfikir nak tanya balik dengan Pak Inche, betul ke buat di The Jaws yang selalu kami pergi makan tu? Pak Inche kata, bukan Jaws tu.. ni Jaws Kempas. Aaaaaa.. nasib belum keluar arah bandar lagi. Sabar ajelah.

The Jaws Crown Kempas ni dulu merupakan Restoran Masakan Thai. Pernah dulu entah tahun berapa tak ingat, datang ramai-ramai makan di sini, nama yang digunakan My Friends Tomyum. Memang famous dan boleh dikatakan viral jugaklah cuma belum lagi zaman socmed. Kiranya tular dari mulut ke mulut.


Haaa.. inilah beza Nasi Kenduri Orang Kahwin dengan Nasi Kenduri Kedai. Sebab boleh masukkan semua lauk dalam pinggan, haha, Biasanya kalau di Johor ni, juadah istimewanya adalah Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Merah, Daging Beriyani dan Dalcha serta Acar Jelatah. Banyak sungguh pilihan kuih-muih untuk tetamu yang datang seperti bingka ubi, pulut serunding, seri muka dan abok-abok (kot). Sk tak ambil seri muka dan abok-abok tu. Tengok rupa bungkusannya macam abok-abok. Selain tu, jamahlah jugak semangkuk kecil Bubur Kacang Hijau dengan Sagu. Alhamdulillah, enak semua juadah yang dihidangkan pada tetamu.


Iman ni jenis makan satu lauk aje kalau pergi kenduri. Dia cuma akan ambil lauk daging aje. Yang selalu penuh pinggan mak bapaknya la. Rugi la makan kenduri ambil satu lauk aje.. hahaha. Makan guna sudu garfu sebab malas nak pergi cuci tangan ke sinki. Tak nampak kat mana sinkinya, hehehe.


Meja yang hujung sana tu, kawan-kawan pejabat Pak Inche. Yang lelaki-lelaki tu semua dah jadi YB sekarang. Bukan Yang Berhormat tapi Yang Bersara, hahaha. Yang perempuan belum bersara lagi, jadi lepas makan, pergilah hi hi dorang sekejap. Iman kata, nanti orang kata sombong kalau tak tegur, betul jugakkan. Lepas jumpa dorang, terus jumpa Abang Zain dan Kak Masrinda. Nak salam kokot tak boleh tapi ada tabung.


Buah hati tangan dari pengantin sekeluarga. Tema ungu dan putih dari riben ikat kerusi, pelamin sehinggalah ke goodies bag. Isinya sekuntum bunga telur warna ungu jugak dan sebiji telur masin (ayam) serta biskut mentega. Balik rumah, masukkan telur dalam peti sejuk. Dah pukul 10.30 malam, masa tengah layan drama bersiri netflix 'Juvenile Justice', tiber ada budak tergoda dengan telur masin dalam peti sejuk. Dia kata, terbayang makan Asam Pedas Daging dengan telur masin. Kononnya tak nak makan malam, punahhhhhhhhh! Terus panaskan nasi dengan asam pedas. Nasi lebih pulak ada dua bekas. Tu tak apa. Pak Inche balik kerja pukul 1 pagi, dia kata, lapar, belum makan malam. Ngamlah ada sepinggan lagi nasi dengan lauk, dia pun balun gak nasi dengan asam pedas pukul 1 pagi. Ces!


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Musim cuti sekolah ni banyaklah jemputan makan nasi minyak ek

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi minyak.. Nak tunggu jemputan siapa ni .

    ReplyDelete
  3. wah sakan makan nasi kenduri kawen lagi dia ye :p

    ReplyDelete
  4. Ini barulah betul-betul makan kenduri kan SK :)
    Sedapnya asam pedas regu dgn telur masin...

    ReplyDelete
  5. Wah, manisnya Iman. Pakai mekap ke tu?

    ReplyDelete
  6. Akhirnya dapat jugak makan nasi kenduri sebenar. Kalau saya pun ambil macam macam masuk pinggan. Mujurlah tanya dulu, kalau tak sejarah berulang salah tempat nayaaaa...

    ReplyDelete
  7. SA pernah salah rumah pi kenduri kahwin...the best part is dah duduk, dah makan kambing panggang 2-3 kali tambah...dah bagi salam kaut..masa nak balik adik tanya kat mana..xde pun..diorang dah 1 jam tunggu...masa tu terbahak2 ketawa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!