Assalamualaikum wbt
WALAUPUN penat nak memasak selepas balik kerja dan menempuh perjalanan pulang hampir sejam, lebih penat lagi rasanya kalau perlu bersiap semula untuk keluar makan. Lagilah kalau tempat yang dituju tu tak dekat. Lagilah kalau Sk diminta memandu. Maka paksalah diri memasak. Pulak tu, asyik teringat-ingat Ayam Masak Kurma Che Mat Gebu yang dimasak beliau minggu sudah. Cuma Che Mat Gebu lawankan dengan Nasi Minyak, kita makan dengan nasi putih pun dah cukup sedap. Lagipun dah lama tak masak kurma atau arwah abah sebut, kormak, hehehehe.
Iman beritahu, dia dah siap rendam ayam (defrost), tapi kalau bonda penat nak masak, dia simpan balik ayamnya. Nak harapkan dia masak? Lamberrrrtttt lagik. Kalau setakat goreng-goreng kunyit sotong dengan udang, pandai la. Tapi, udang dengan sotong pun tak dok. Nak masak maggi bolehlah. Tapi, takkan bapak eh nak makan maggi. Dah dia kata, dah rendam ayam, terus terbayang Ayam Kormak. Iman kata, dia pun terbayang benda yang sama. Bosan asyik makan kari jer. Macam mana eh boleh dua-dua terfikir benda yang sama? Tapi memang selalu begitulah. Kimianya kuat betul dua beranak ni. Bab makan nombor satu 😂 Bab bergaduh pun nombor satu jugak 😝.
Kimia tu jenis telepati SK. Tu pasal ada pertalian minda antara satu sama lain.
ReplyDeleteHaa... masak kurma harus campak telur. Memang sempurnalah kurma ayam kalau bertelur sekali dalam kuali.
Huish...masakan SK memang sokmo2 membuat kita terliur...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul juga asyik kari je kadang bosan.. haaa sesekali layan msak kurma mahu berubah selera.. mantap ah.
ReplyDeletetelur rebus tu rebutan uncle!
ReplyDeletekurma antara masakan kegemaran anak2.. dan bapaknya :D
ReplyDeleteMasak kurma ni fav anak dara den tu ha...hari ni makan lauk rendang daging...dah rasa macam raya plak...
ReplyDeleteKuat kimianya tu. Maka terhasillah ayam masak kurma yang sedap. Nampak papadom besar tu terbayang nasi beriani yang baru beli haritu. Sedap tu dilawankan dengan papadom dan ayam kurma.
ReplyDeletetengok papadam teringat pulak kat anak bongsu.
ReplyDeletesuruh gi kedai bawah rumah beli papadam...
sampai kedai dia tanya kat uncle tu..nak "kepadam"..uncle tu tak paham. sudahnya balik tangan kosong je