ASAM PEDAS DAGING DAN GENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA perang bendera di Tanah Jauhar sudah bermula.
Iman pertama kali mengundi tahun ini. Kalau dulu-dulu selalu dengar, undi adalah rahsia, kini tidak lagi. Siap boleh berbincang nak undi parti yang mana satu. Malah, di laman sosial pun kita boleh tahu kawan kita sokong parti yang mana. Iman kata, dia keliru sebab terlalu banyak parti, susah nak hafal, hahaha. Ingat subjek sejarah ke nak kena hafal fakta. Parti-parti pun banyak yang auta sekarang. Sedang kalau dengar orang sebut tupperware pun banyak tipuware. Masing-masing umpama enau dalam belukar jer.

Bila ada stok cili dan bawang yang dikisar, maka mambang rajin pun datang. Pak Inche pulak tak beri jawapan, juadah pilihannya untuk makan malam. Nak masak ke, nak makan luar ke, nak tapau di pasar malam ke. Iman yang ada kelas online cadangkan, bonda dan babah keluar makan dan bungkuskan dia makanan. Hurmm... tak seronoklah keluar makan kalau tak cukup korum. Bongkar peti sejuk, nampak daging dalam beberapa bekas. Sk ambil dua bekas dan masukkan air. Sebekas tu mungkin dalam 200 gram aje. Memang dah pesan dengan Pak Inche, kalau beli daging, potong kasar-kasar dulu, baru bekukan, senang nanti nak cairkan air batunya. 

Asam Pedas Daging

Sedikit minyak untuk menumis

400 gram daging dihiris

1 batang serai diketuk

1" halia hiris kasar

1/2" lengkuas, pecahkan

2 senduk cili kisar bersama bawang merah

1 cawan air

1 sudu pes asam jawa

3 - 4 helai daun limau purut disiat2

1 kiub pati lembu

Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak

2. Masukkan serai, halia dan lengkuas,  kacau sekejap. 

3. Masukkan pes cili kisar. Tumis hingga pecah minyak,  hendaklah dikacau selalu supaya tidak hangus. 

4. Tambahkan air sedikit,  tumis lagi. 

5. Masukkan daging,  kacau sekejap. 

6. Masukkan air,  didihkan hingga daging empuk barulah dimasukkan pes asam jawa, kiub pati lembu, garam dan daun limau purut. 

7. Renihkan sehingga kuah mendidih dan pekat. 

Siapppp!!


Masa selongkar peti ais, jumpa udang empat ekor terpontang-panting dalam bekas. Teringatlah pulak kacang buncis ada sikit lagi. Jadilah Kacang Buncis Goreng dengan Udang. Cuma tumis bawang putih, masukkan udang, setengah bawang besar di potong separa bulat, kacau-kacau-kacau.. masukkan sedikit serbuk pati ayam, siapppp!


Masak Asam Pedas Daging ke.. Kari Daging ke.. Sambal Daging ke... wajiblah ada Daging Kicap. Mudah jer, cuma perap daging yang dihiris nipis dengan kicap manis cap kipas udang. Panaskan minyak, gorengkan daging yang sudah diperap dengan kicap tu, masukkan bawang besar dan ajinomoto. Masak sehingga daging empuk, siappp!


Disebabkan nak tunggu daging asam pedas tu empuk, kan ambil masa sikit, dapatlah siapkan dua mangkuk lauk ni haaaaaa. Memang gandingan yang mantap dengan asam pedas.


Nak lagi mantap, kena ada telur dadar gebusssssss. Petua telur dadar gebus, tambahkan sedikit air dalam telur sebelum dipukul, kemudian digoreng dalam minyak yang cukup panas. Minyak kena lebih sedikit ya, baru telur naik menggebus.


Saja biar serai tu melintang tas mangkuk asam pedas ala-ala hulubalang, hihihi. See... boleh jer nak rajin masak. Sekali mambang datang, sampai empat lauk terussssssss. Malas tu alasan aje, hahahahaha.. hahahahaha.




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, rajin mambang masak hari Rabu ye.. Sana sikit sini sikit, empat jenis lauk terhidang atas meja. Bismillah.

    ReplyDelete
  2. Kalau carta asampedas daging dengan ikan, uncle letak ikan di carta pertama... tapi daging pun uncle ngap jugak... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Gelak besar nampaknya SK haha...
    Sekali dia flex, 4 mata lauk terus. Terbaik!

    ReplyDelete
  4. Tengah hari tadi makan asam pedas ikan pari..

    ReplyDelete
  5. awok undi bendera mana satu tu :p

    ReplyDelete
  6. Undi bukan lagi rahsia..huhu..ada jugak pihak terlibat call tanya kita undi parti mana. Haha...
    Bila mambang dah datang, macam macam ada lauk atas meja :)

    ReplyDelete
  7. tudiaa...semua sedap nampaknya tu ha...lapar plak perut SA

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!