Assalamualaikum wbt
BALIK dari Puteri Habour, Iman kata, malam nak makan maggi jer. Jadi, SK kata, kali ni, dialah masak maggi. Nak masak maggi tomyam, kata Iman lagi. Dalam hati doklah memikiokan, bila masa ada stok maggi tomyam kat rumah. Riuh la dengar kat dapur, nak masak maggi ajepun, tapi, memang tak tengok langsung.
Tahu-tahu dah siap! Hurmmm.. kemahen comot mangkuk percik-percik sup. Nampak macam bersantan. Tapi rupa tak macam maggi mee. Meenya nampak sedikit langsing la dari Maggi Mee yang selalu Sk makan. Sudu sikit sup tu, sedap dan krimi sikit, macam ada santan. Macam rasa tomyam kat
Carabao.
Lap sikit mangkuk, haha. Mee kurus, kenyal dan kurang keriting. Taufu tu, beli lain ya, tak didatangkan bersama mee tu. Tanya dengan Iman, dia bagi rencah macam mana? Iman kata, ada tiga bungkus rencah dalam peket tu.
Malam tadi, nak masak, buka kabinet, jumpalah bungkusan maggi macam dalam gambar ni. Laaa.. Mee Ruski, rupanya. Patutlah dari mee sampai ke kuah sup tak sama macam maggi. Jenama Maggi ni ada identiti tersendiri, hanya penggemarnya sahaja yang tahu. Tak perasan pun bila masa benda ni ada dalam kabinet.. sabar ajelah.
Pernah beli tapi SA x berapa berkenan..hehehe...more to Maggi Kari...
ReplyDeletemee ruski ni sedapp tauu.. dulu masa bljar roomate kita suka betul lahh.. kita pun pernah la cuba.. eehhh sedapppp..
ReplyDeleteMahal dah mee ruski ni. Dulu masa belajar suka makan buat jajan je. pun sedap.
ReplyDeleteruski tpmyam ni favorite masa zaman duduk asrama dulu. mmg jadi rebutan 😅😅
ReplyDeleteSedapnya mee Ruski..Saya suka mee dia kenyal..Tapi jarang jumpa dah..Kalau kat sini saya hanya jumpa di Wisma Maksak
ReplyDeleteNiceee.. jarang makan maggi skrg ni.. huhu... tapi tgk ni... Lapo plak
ReplyDeleteMacam-macam jenama mi segera. Zaman dulu kenal maggi saja hihihiii. Mee Ruski ni belum lagi kita cuba.
ReplyDeleteYG nii unce tak pernah cuba
ReplyDeleteMi maggi lain identitinya. Hehehe..Mi ruski ni banyak jugak perisanya. Jarang beli mi ruski. Sesekali pekena perisa tomyam ni sedap jugak.
ReplyDeletelama dah tak dengar jenama ni..dulu2 mcm famous jugak
ReplyDelete